Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita diberi peluang olehNya pada hari ini untuk beribadah dan bertaubat kepadaNya. Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk meneruskan dakwah, menegakkan syiar Islam di dunia hari ini. Alhamdulillah juga kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Diazankan di telinga kanan, diiqamahkan ditelinga kiri. Tapi tidak cukup dengan Islam. Iman juga perlu ada sekali. Jika Islam ada dalam diri, Iman tidak semestinya ada. Bila iman ada dalam diri, pasti Islam juga ada. Islam dan Iman perlu di sekalikan, tidak boleh dipisahkan ibarat BB dan BIS. Dua nikmat terbesar yang Allah berikan pada hambaNya iaitu nikmat iman dan nikmat islam. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukran Allah untuk segala yang telah engkau kurniakan kepada kami.
Jika diberi kegembiraan, bersyukurlah kepada Allah kerana tak semua orang dapat merasai nikmat gembira itu. Jika diberi ujian, kesedihan , juga bersyukurlah kerana Alah beri perhatian kepada kamu. Allah rindukan doa kamu. Allah rindukan rintihan dari hambaNya. Allah nak angkat darjat kamu. Jika kamu bersabar di atas ujianNya, Dia akan beri ganjaran yang setimpal di atas kesabaranmu itu. Yang baik, yang baik, bersyukurlah, kerana itu semua dari Allah. Setiap apa yang diturunkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita. Allah bukannya nak jatuhkan kita, tapi ingin membina kita supaya menjadi seorang yang lebih beriman. Kerana musibah itu adalah ujian bagi iman kamu.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur dan ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.." (Ibrahim:7)
Wallahu'alam ^_^
No comments:
Post a Comment