Thursday, 13 December 2012

1 Safar 1434


Assalamualaikum

Hari ini tarikh yang sangat cantik mengikut kalendar hijrah. 1 Safar 1434. Kenapa cantik? Safar merupakan bulan kedua dalam kalendar hijrah. Jadi, hari ni 1 / 2 / 34. Bertambah cantik kerana ianya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Tarikh ni lebih cantik dari tarikh masihi yang orang duk bising-bising iaitu 12 / 12 / 12. Namun itu hanya cantik pada tarikh, tidak ada apa pun yang istimewa padanya.

Namun masih ada kepercayaan khurafat, bida'ah yang dilakukan sebahagian umat Islam hari ini. Amalan ini dilakukan oleh manusia pada zaman jahiliyyah, sebelum kedatangan Islam, di mana hidup masyarakat jahiliyyah ini sentiasa dibayangi dengan perkara syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang dalam Islam.

Masyarakat zaman jahiliyyah menganggap bulan Safar merupakan bulan sial. Ternyata kepercayaan masyarakat jahiliyyah ini diwarisi oleh manusia hari ini akibat daripada lemahnya iman mereka dan kejahilan ilmu tauhid. Mereka mengganggap bulan Safar merupakan bulan di mana Allah turunkan kemarahanNya pada manusia dan hukuman ke atas dunia. Naudzubillah. Itu semua adalah syirik. Menyandarkan sesuatu perkara bakal menimpa adalah perkara tercela kerana setiap sesuatu itu ditetapkan oleh Allah S.W.T tanpa ada faktor lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. " ( Al-a'raaf 7 : 131 ).

Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :

مِنَّا إِلاَّ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ ثَلاَثًا وَمَا.


“Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 3411)  

Kepercayaan Khurafat Dunia Melayu.

Masyarakat Melayu juga percaya bulan Safar ini merupakan bulan turunnya malapetaka dan bencana. Oleh sebab itu, beberapa amalan bida'ah dicipta mereka untuk hindarkan diri daripada terkena bencana itu.

Antara amalan khurafat itu ialah :

1- Mandi Safar


Masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dan bersuka ria dengan kepercayaan perbuatan itu boleh hapuskan dosa dan tolak bala. Hakikatnya, amalan mereka itu hanya menambah dosa kerana perbuatan mereka yang salah di sisi syara' dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, malah ada yang mati lemas akibat kelalaian mereka itu. Naudzubillah.

2- Menulis Azimat

Berdasarkan kepercayaan tahyul itu ada yang menulis ayat dikenali dengan ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk, dan kemudian diletakkan dalam kolam, perigi, tempayan atau sungai untuk diminum atau mandi dengan  airnya, kerana mereka percaya kononnya akan dapat perlindungan daripada bala buruk pada hari itu.

3- Majlis Perkahwinan

Ada sebahagian orang tua-tua tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan pada bulan Safar ini kerana mereka khuatir pengantin tidak akan bahagia dan susah untuk mendapat zuriat malah percaya jodoh mereka tidak akan kekal lama. 

4 - Nasib Malang

Ada yang percaya bayi yang lahir pada bulan Safar akan membawa nasib malang, dan perlu dijalankan satu upacara khas untuk membuang malang pada bayi tersebut. 

Sesungguhnya, semua amalan itu adalah syirik. Dan dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Dan ketika Luqman berkata pada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau persekutukan Allah ( dengan sesuatu yang lain ), sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. " ( Luqman 31:13 )

Firman Allah dalam surah yang lain :

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya ( dengan sesuatu yang lain ) dan akan mengampunkan dosa selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." ( An-Nisa' : 48 )

Orang yang syirik tidak akan masuk syurga. Firman Allah S.W.T :

" Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, makan sesungguhnya Allah haramkan syurga padanya, dan tempat kembalinya adalah neraka, dan tiadalh seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim" ( Al-Maidah : 72 )

Wallahu'alam ^_^

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Post a Comment