Saturday 22 December 2012

Baring ketika azan

Assalamualaikum..

Take Note Plizzz...

"Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."

"Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut."

Adakah hadis ini hadis sahih/hasan? Meh nak jelaskan.

Tidak ada satu hadis pun yang melarang bercakap ketika azan, tapi hadis mengenai supaya jawab azan tu ada. Perihal bercakap ketika azan, hukumnya harus menurut Imam al-Bukhari rhm sebagaimana yang dinyatakan dalam Sahihnya pada bab ''Berkata-kata ketika (dalam) Azan''. Dan ada pendapat ulama' mengatakan makruh melainkan ada hajat.Dan ada ulama' memberi tafsil (perincian) iaitu makruh berkata-kata ketika iqamah tetapi tidak makruh ketika azan. Tidak rajin dengar pula yang berpendapat haram berbicara ketika azan dilaungkan.

Makanya, moleklah kita lihat akan satu hadith sahih Nabi صلى الله عليه و سلم diriwayatkan Imamain al-Bukhari rhm & Muslim rhm daripada Abu Hurairah r.a iaitu :-

''Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”

Take note, ini bukannya hadis nabi. Ini adalah hadis maudhu' yakni hadis palsu. Ini hanyalah kata-kata orang tua-tua yang tergolong dalam kategori targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan hadis palsu. Berhati-hatilah bila sebarkan sesuatu, kaji dulu. Sekarang makin banyak tersebar hadis palsu. Semua itu adalah fitnah akhir zaman. Semoga kita terpelihara daripada terpengaruh dengan fitnah ini, insyaAllah.

Wallahu'alam =)

Monday 17 December 2012

Jaga batasan pergaulan

Antara lelaki dan perempuan cuma ada istilah kawan. Tiada kawan baik, kawan rapat, kawan paling disayangi dan sebagainya. Kerana jika ada tambahan pada istilah kawan itu, pasti ada masalah. 

Lelaki ibarat api dan perempuan ibarat ais. Jika didekatkan dua elemen ini, pasti salah satu akan hilang samada ais hancur tak pun api terpadam. Begitu juga dengan lelaki dan perempuan, jika didekatkan pasti akan ada yang cuba untuk hancurkan mereka. Jagalah ikhtilat, jagalah batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.



"Dan janganlah kalian mendekati zina, Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

wallahu'alam =)

Jodoh di tangan Allah

Jodoh kita semua di tangan Allah, bukannya taip ON CINTA dan hantar ke 32888. Sentiasa mohon pada Allah, supaya dikurniakan jodoh yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang baik iu bermula dari hubungan yang suci. 

Doa Supaya Dapat Jodoh yang Baik

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..


Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju kejalanMu..
Bimbinglah hati kami ,kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin

Friday 14 December 2012

Muhasabah Diri..

Assalamualaikum...

Sedikit renungan daripada Tuan Guru Syeikh Muhammad Nurudin Marbu Al-Banjari Al-Makki :



"Kalau kita sukar untuk menangis kerana takutkan Allah S.W.T, menagislah kerana betapa kerasnya hati kita sehinggakan kita tidak mampu untuk takutkan Allah S.W.T."

Muhasabah diri anda..
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam..

Wallahu'alam ^_^



Allah Maha Penyayang..

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,

Bila Dia lambat makbulkan doamu, makan Dia ingin mengujimu,

Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh sebab itu, sentiasalah berhusnuzon pada Allah dalam apa jua keadaan sekali pun.. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.


Jangan ditanya kenapa Allah tidak makbulkan doa kamu, sebaliknya bersyukurlah Allah tidak terus menghukum kamu tika kamu lakukan dosa kepadaNya di atas muka bumi ini.

Alangkah...

Alangkah baiknya jika kita mulakan pagi ini dengan sesuatu yang baik...



Alangkah eloknya jika gunakan mata kita untuk melihat sesuatu yang indah dahulu sebelum melihat dunia...



Alangkah bagusnya jika kita gunakan telinga kita untuk mendengar ayat-ayat suci sebelum mendengar umpatan dan fitnah di dunia ini..



Alangkah cantiknya jika mulut kita dibasahkan dengan bacaan al-Quran dan zikir kepada Allah sebelum bicara kosong dengan sahabat-sahabat..






Orang yang bersyukur..

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita diberi peluang olehNya pada hari ini untuk beribadah dan bertaubat kepadaNya. Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk meneruskan dakwah, menegakkan syiar Islam di dunia hari ini. Alhamdulillah juga kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Diazankan di telinga kanan, diiqamahkan ditelinga kiri. Tapi tidak cukup dengan Islam. Iman juga perlu ada sekali. Jika Islam ada dalam diri, Iman tidak semestinya ada. Bila iman ada dalam diri, pasti Islam juga ada. Islam dan Iman perlu di sekalikan, tidak boleh dipisahkan ibarat BB dan BIS. Dua nikmat terbesar yang Allah berikan pada hambaNya iaitu nikmat iman dan nikmat islam. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukran Allah untuk segala yang telah engkau kurniakan kepada kami.




Jika diberi kegembiraan, bersyukurlah kepada Allah kerana tak semua orang dapat merasai nikmat gembira itu. Jika diberi ujian, kesedihan , juga bersyukurlah kerana Alah beri perhatian kepada kamu. Allah rindukan doa kamu. Allah rindukan rintihan dari hambaNya. Allah nak angkat darjat kamu. Jika kamu bersabar di atas ujianNya, Dia akan beri ganjaran yang setimpal di atas kesabaranmu itu. Yang baik, yang baik, bersyukurlah, kerana itu semua dari Allah. Setiap apa yang diturunkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita. Allah bukannya nak jatuhkan kita, tapi ingin membina kita supaya menjadi seorang yang lebih beriman. Kerana musibah itu adalah ujian bagi iman kamu.





"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur dan ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.." (Ibrahim:7) 

Wallahu'alam ^_^

Tutuplah auratmu wahai hawa.. =)



Sudahlah rambut mengerbang...
Baju pula JARANG...
Inilah Nabi kata berpakaian tetapi telanjang...
Tuduh pula lelaki mata keranjang...

Salah kau atau orang yang terpandang??
Tahu marah bila orang kata "MURAHAN"...
Diri sendiri yang tayang-tayang...
Bagi free tengok, siapa yang tahan??

Tutuplah aurat supaya Allah sayang... =)

Simpankan segalanya untuk insan bergelar suami..

wallahu'alam ^_^


Thursday 13 December 2012

1 Safar 1434


Assalamualaikum

Hari ini tarikh yang sangat cantik mengikut kalendar hijrah. 1 Safar 1434. Kenapa cantik? Safar merupakan bulan kedua dalam kalendar hijrah. Jadi, hari ni 1 / 2 / 34. Bertambah cantik kerana ianya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Tarikh ni lebih cantik dari tarikh masihi yang orang duk bising-bising iaitu 12 / 12 / 12. Namun itu hanya cantik pada tarikh, tidak ada apa pun yang istimewa padanya.

Namun masih ada kepercayaan khurafat, bida'ah yang dilakukan sebahagian umat Islam hari ini. Amalan ini dilakukan oleh manusia pada zaman jahiliyyah, sebelum kedatangan Islam, di mana hidup masyarakat jahiliyyah ini sentiasa dibayangi dengan perkara syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang dalam Islam.

Masyarakat zaman jahiliyyah menganggap bulan Safar merupakan bulan sial. Ternyata kepercayaan masyarakat jahiliyyah ini diwarisi oleh manusia hari ini akibat daripada lemahnya iman mereka dan kejahilan ilmu tauhid. Mereka mengganggap bulan Safar merupakan bulan di mana Allah turunkan kemarahanNya pada manusia dan hukuman ke atas dunia. Naudzubillah. Itu semua adalah syirik. Menyandarkan sesuatu perkara bakal menimpa adalah perkara tercela kerana setiap sesuatu itu ditetapkan oleh Allah S.W.T tanpa ada faktor lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. " ( Al-a'raaf 7 : 131 ).

Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :

مِنَّا إِلاَّ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ ثَلاَثًا وَمَا.


“Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 3411)  

Kepercayaan Khurafat Dunia Melayu.

Masyarakat Melayu juga percaya bulan Safar ini merupakan bulan turunnya malapetaka dan bencana. Oleh sebab itu, beberapa amalan bida'ah dicipta mereka untuk hindarkan diri daripada terkena bencana itu.

Antara amalan khurafat itu ialah :

1- Mandi Safar


Masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dan bersuka ria dengan kepercayaan perbuatan itu boleh hapuskan dosa dan tolak bala. Hakikatnya, amalan mereka itu hanya menambah dosa kerana perbuatan mereka yang salah di sisi syara' dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, malah ada yang mati lemas akibat kelalaian mereka itu. Naudzubillah.

2- Menulis Azimat

Berdasarkan kepercayaan tahyul itu ada yang menulis ayat dikenali dengan ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk, dan kemudian diletakkan dalam kolam, perigi, tempayan atau sungai untuk diminum atau mandi dengan  airnya, kerana mereka percaya kononnya akan dapat perlindungan daripada bala buruk pada hari itu.

3- Majlis Perkahwinan

Ada sebahagian orang tua-tua tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan pada bulan Safar ini kerana mereka khuatir pengantin tidak akan bahagia dan susah untuk mendapat zuriat malah percaya jodoh mereka tidak akan kekal lama. 

4 - Nasib Malang

Ada yang percaya bayi yang lahir pada bulan Safar akan membawa nasib malang, dan perlu dijalankan satu upacara khas untuk membuang malang pada bayi tersebut. 

Sesungguhnya, semua amalan itu adalah syirik. Dan dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Dan ketika Luqman berkata pada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau persekutukan Allah ( dengan sesuatu yang lain ), sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. " ( Luqman 31:13 )

Firman Allah dalam surah yang lain :

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya ( dengan sesuatu yang lain ) dan akan mengampunkan dosa selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." ( An-Nisa' : 48 )

Orang yang syirik tidak akan masuk syurga. Firman Allah S.W.T :

" Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, makan sesungguhnya Allah haramkan syurga padanya, dan tempat kembalinya adalah neraka, dan tiadalh seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim" ( Al-Maidah : 72 )

Wallahu'alam ^_^

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Jom Berdhuha... ^_^



Assalamualaikum, dah solat dhuha belum ni? Kalau belum, yok kita tunaikan dulu. Meh nak citer sal solat sunat dhuha. =)

Solat sunat dhuha ni boleh dianggap sebagai tanda terima kasih kepada Allah atas segala pemberianNya ke atas kita. Rasulullah tak pernah tinggalkan solat sunat dhuha tanpa keuzuran dan ia sangat digalakkan kepada umat Islam.

Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasia
t kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Cara Solat sunat dhuha :

Solat sunat dhuha boleh di lakukan dari 2 rakaat sehingga 8 rakaat. Itu adalah pendapat yang kuat, menurut hadith sahih. Ada yang mengatakan boleh buat sehingga 12 rakaat, tapi itu pendapat yang lemah, menurut hadith dhaif.


1) niat - sahaja aku solat sunat dhuha 2 raka'at tunai kerana Allah ta'ala

2) rakaat pertama - baca al-fatihah dan di susuli dengan apa2 surah sekalipun. tapi ulama' anjurkan baca surah as-syams

3) rakaat kedua - fatihah dan baca surah ad-dhuha

4) salam

5) selesai salam, baca doa dhuha.

Doa Dhuha..








Kelebihan solat sunat dhuha :

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Hakim dan Tabrani).

Hukum solat sunat dhuha : 

Hukumnya adalah sunat muakkad, iaitu amalan atau perbuatan yang sangat digalakkan dalam Islam berbanding amalan2 sunat yang lain.

Waktu dhuha:

Waktu dhuha adalah kira-kira 30 minit selepas waktu syuruk sehingga sebelum masuknya waktu zohor iaitu ketika matahari sedang naik.

Pada umumnya, solat sunat dhuha dianggap solat sunat tathawwu', yg tidak di sunatkan/ di syariatkan berjemaah. Namun, sebahagian ulama berpendapat, solat ini boleh di lakukan secara berjemaah.

Dalam kitab Fathul Bahri(Syarah Sahih Bukhari) karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, dinukilkan hadis ‘Itban bin Malik RA tersebut, bahawa Rasulullah Saw telah melakukan solat dhuha (subhata adh-dhuha) di rumah baginda(rumah ‘Itban bin Malik), lalu orang-orang berdiri di belakang baginda dan mereka pun bersolat dengan solat baginda.

* Istiqamahlah dalam beribdah kepadaNya, insyaAllah banyak ganjaran yang akan Allah berikan. Ikhlaskan hati, niat beribadat keranaNya, bukan untuk dapat pujian dan sebagainya.

Selamat beramal..

Wallahu'alam ^_^

Untuk Hawa.. =)

♥ HAWA ♥

Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau jodohmu, 
Ingatlah hawa janji Tuhan kita, 
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...

Jangan dimulakan sebuah pertemuan 
dengan lelaki yang bukan muhrim,
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, 
maka lahirnya senyuman,
maka tercetusnya salam,
dan sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

Jodoh itu ibarat kematian
yang akan datang kepada semua orang
dan semua orang tidak dapat mengelak daripada jodoh
seperti mana mereka tidak dapat mengelak daripada maut...

Wednesday 12 December 2012

Jangan!!



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Peringatan dari Ustaz Don Daniyal untuk kita semua.




“JANGAN” dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar 
rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian.

wallahu'alam ^_^


Aurat..




Assalamualaikum..



Tazkirah mengenai aurat.

Menurut Imam Syafi'e, bagi lelaki ada dua keadaan.

1- Aurat sesama lelaki dan wanita mahramnya - dari pusat hingga lutut

2- ketika bersama wanita bukan mahramnya - seluruh tubuh




Aurat wanita.

1- sesama wanita muslim dan mahramnya - dari pusat hingga lutut

2- ketika bersama wanita bukan muslim - seluruh tubuh kecuali yang zahir ketika bekerja spti kepala, muka, leher, dari tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kakinya. selain dari itu, haram dibuka.


Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi bagi imam syafi'e juga ada dua qaul.

1- aurat di hadapan lelaki ajnabinya ialah seluruh tubuhnya tanpa ada sebarang kekecualian. ini adalah qaul yg paling solehah dalam mazhab syafi'e.

2- seluruh tubuh wanita itu kecuali muka dan tapak tangan. Tapi jika dia dedahkan muka dan tapak tangannya itu boleh dedahkan fitnah, maka diwajibkan ke atasnya tutup seluruh tubuh tanpa ada sebarang kekecualian.

*Ada sesetengah ulama' berpendapat dagu wanita itu juga aurat. Terdapat khilaf antara mereka, ada yang kata aurat dan ada yang kata tidak. Jadi nak lebih baik, daripada kita was-was lebih baik kita anggapnya aurat. Ada cara nak tentukan bahagian mana dekat dagu itu aurat.

"Letakkan dua jari kamu di bawah dagu. Yang di tutup dengan jari kamu itu bukan aurat, dan yang terbuka selepas jari itu adalah aurat" - Ustaz Don Daniyal


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.
(Hadith Riwayat Aththahawi)






Balasan orang yang tak tutup aurat.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang. Rambut mereka laksana goh-goh unta. Sungguh, mereka TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA. "
( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan sy sendiri. Moga2 kita semua mendapat rahmat dan berkat dariNya sentiasa, insyaAllah.

Wallahu'alam.









Tuesday 11 December 2012

Apa Itu Taqwa...



Apa Itu Taqwa????

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang dilarangNya."

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran membawa tiga makna.

Pertama : Takut, gerun atau ngeri ( haybah ). Antara firman Allah S.W.T yang tersisip kalimah taqwa yang membawa maksud ini ialah : Dan bertaqwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2:281)

Kedua : Taat. Contoh firman Allah S.W.T yang bermaksud : Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa (taat). (3:102)

Ketiga : Sucikan hati dari dosa. Contoh firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasulnya, takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. ( 24:52)

Kalimah bertaqwa dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah di sebut sebelumnya. Jadi, "bertaqwa" dalam ayat di atas bermaksud menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah taqwa. Menurut para ulama', "Taqwa ialah menucikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan bahawa taqwa itu menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang ada penyakit. Adapun berpantang daripada lakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "BERTAQWA".

Pernah Saidina Umar al-Khattab bertanya pada Ubai mengenai taqwa.

"Apa itu taqwa?" tanya Umar pada Ubai.

"Pernahkah kamu menyusuri jalan yang penuh berduri?" balas Ubai dengan satu pertanyaan yang menduga.

"Pernah.." jawab Umar.

"Apa yang kamu lakukan?" tanya Ubai.

"Aku angkat sedikit pakaianku dan melangkah dengan berhati-hati," jawab Umar lagi.

"Itulah taqwa..", jelas Ubai kepada Umar itu mengenai taqwa.


Para sahabat bertanya Saidina Ali tentang taqwa. Beliau memandang wajah sahabat itu lalu berkata, "Taqwa itu ada 4 unsur : "

1- rasa khauf (takut) kepada Allah S.W.T.

2- rasa redha dengan pemberian Allah.
3- mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan.
4- bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah S.W.T. 


Allah telah berfirman maksudnya: ”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (ali-Imran : 102)



Allah berfirman maksudnya "Yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa." (Al-Hujurat : 13)

Awalnya mungkin terasa berat namun apabila ia dihidayahkan Allah S.W.T akan kemanisan iman, saat itu senyuman taqwa dan tawa iman akan terus menemani hari-hari kita. 




Wink3.... :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat sekalian.

Ni merupakan percubaan pertama saya untuk menjadi seorang blogger, hehehhee..

InsyaAllah dalam blog saya ni akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama, ilmu-ilmu dunia dan sebagainya. Semoga Allah memberkati dan merahmati setiap apa yang saya curahkan. Tapi jangan baca je tau, jangan lupa amal sekali. :D