Thursday 4 April 2013

Taubat seorang hamba

TAUBAT SEORANG HAMBA



Bertaubat kepada Allah adalah perkara yang wajib, demikian juga bersegera dalam taubat adalah perkara yang wajib. Tidak boleh mengakhirkan taubat sampai terlambat, kerana seseorang tidak tahu waktu maut menjemputnya. Semua orang wajib bertaubat. Jika hari ni kamu rasakan kamu tak buat salah, kamu silap. Kita tak terlepas dari lakukan dosa. Rasulullah sendiri sentiasa bertaubat pada Allah walaupun dirinya maksum, walaupun dirinya sudah dijanjikan syurga oleh Allah.

Betapa ramai yang ada dalam kubur tu, berharap agar diberi peluang kepada mereka untuk bertaubat pada Allah. Gunakan peluang yang Allah berikan pada kita ni. Taubatlah dengan bersungguh-sungguh yakni TAUBAT NASUHA. 

Allah cintakan orang yang bertaubat, tetapi Allah lebih cinta pada orang muda yang bertaubat. 

Taubat - Kembali pada Allah. Menyesal dengan perbuatan kita dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ada orang, bila dia dah lakukan banyak kesalahan, dia malu untuk bertaubat. Dia takut dirinya tak diterima oleh Allah. 

Jangan malu untuk bertaubat kerana banyak dosa. Tapi malulah untuk buat dosa setelah berkali-kali bertaubat. - Ustaz Don 

Tiada pintu seluas pintu taubat Allah S.W.T. Itulah pintu yang paling luas. Luasnya adalah seluas langit dan bumi. MasyaAllah. :') Allah itu Maha Pengampun. Tapi jangan gunakan sifat Allah ini sebagai tiket untuk kita terus lakukan maksiat. Dosa kamu setinggi gunung, sedalam laut, jika kamu benar-benar bertaubat, Allah tak pandang pada dosa kamu yang lalu. 



Allah itu sweet kan? Dia sentiasa beri peluang pada kita. Tapi kita tak pernah guna peluang ini. :'( 

Kasih sayang Allah pada hambaNya sentiasa mendahului kemurkaanNya pada kita. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa syirik tetapi akan mengampunkan selain itu.” [An Nisaa’: 48 ]

Muliakanlah semua orang. Mungkin dia sebelum ni banyak dosa sebab dia jahil Sekali dia bertaubat, dia lagi suci dari kita. 

“Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak berdosa.” 
[HR At Tabrani]

Yang muda, banyakkanlah bertaubat. Allah suka pemuda yang bertaubat. Yang tua, lagilah perlu bertaubat. Sedar dirilah sikit, kubur makin memanggil.

“Tiada sesuatu yang lebih disuaki Allah daripada seorang pemuda yang bertaubat.” 
[HR Ad Dailami] 

Selagi nyawa di kandung badan, solat sunat taubat jangan sesekali tinggalkan. Jangan nyawa dah hujung tanduk, baru nak taubat. Allah akan terima bila-bila masa taubat dari hambaNya kecuali sewaktu nyawa dia dah nak ditarik. 

"Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang terjerumus berbuat dosa tetapi bertaubat.” 
[ HR Ahmad ] 

Mati kita tak tahu bila. Boleh jadi malam ni kita mati. Jom bertaubat. Bagi Rasulullah bangga ada umat macam kita ni. Setakat itu je perkongsian mengenai taubat. Maafkan saya jika ada kekurangan. Saya masih lagi jahil. Perbetulkanlah mana yang salah dan silap.

Wallahu'alam. :')

2 comments:

  1. siapa yg berminat belajar mengaji boleh la hubungi sy 01119042275..area kota kinabalu

    ReplyDelete