Friday 13 June 2014

Mulianya awak??





Mulia sangat ke awak ni?

Awak..
Mulia sangat ke awak??
Sampai salah orang, semua awak nampak..
Boleh list satu persatu..

Awak..
Mulia sangat ke awak??
Selalu hukum dan nilai orang..
Macam diri dah perfect..

Awak..
Mulia sangat ke awak??
Duk canang aib orang..
Seolah diri awak je betul..

Awak..
Kenapa awak jadi macam ni??
Saya tau awak mulia..
Tapi janganlah sampai pijak kepala..

Awak..
Nak tahu satu perkara??
Awak sangat dimuliakan oleh manusia..
Tapi perbuatan awak macam cari murkaNya..

Awak..
Nak tahu lagi satu perkara??
Manusia semua sama sahaja..
Yang beza hanyalah iman dan taqwa..

Awak..
Tak guna berilmu tinggi..
Kalau diri berbalut penyakit hati..
Moga hidayah Allah dapat ubati..

Awak..
Nasihat dari saya yang fakir..
Mengakhir puisi ntah pape ni..
Tak guna mulia di mata manusia, tapi hina di padangan Allah..

p/s : Kalau kita tak suka seseorang itu sekalipun, jangan kita canangkan cerita keburukannya. Cukuplah sekadar bencikan keburukannya. Tak perlu di canangkan. Akhir kata...

"Orang yang baik agamanya, belum tentu akhlak dan hatinya baik. Tapi orang yang akhlak dan hatinya baik, insyaAllah agamanya baik."

Allahu'alam 


Hukum menghukum




Dah lama jari jemari ni tak menaip. Dah berhabuk blog. Ingin aku sharekan lah pasal satu perkara. Masalah yang sering terjadi di kalangan manusia iaitu tentang manusia yang suka 'judge' orang lain.

Aku pelik sebenarnya. Manusia sangat cepat dan suka menghukum orang lain. Menilai baik buruk seseorang seolah dirinya tu dah cukup baik. Kamu ni ada 'super power' ke? Ada karamah yang Allah berikan? Ada? Yang hebat sangat duk hukum orang, macam dah nampak pengakhiran orang tu macam mana.

Nak tahu kenapa ada manusia yang suka menghukum dan menilai? Jawapannya, adalah kerana hati dia dalam masalah. Masalah hati adalah masalah yang sangat besar. Muhasabah diri balik. Cek diri, kita ni ada masalah hati ke tak. Nak tahu tandanya? Meh nak listkan antara tanda awal kita ada masalah hati.

- Selalu nampak keburukan orang lain
- Suka mencanang keburukan orang lain
- Tidak boleh menerima teguran
- Cepat marah bila di tegur
- etc

Dan apabila tanda awal ini tidak dirawat, maka ia akan membawa kepada masalah yang lagi besar seperti :

- riak / sombong
- ujub
- iri hati dan dengki

Siapa manusia yang sombong?

Manusia yang selalu anggap dirinya betul dan pandang rendah pada orang lain. Banyak firman Allah dalam quran yang jelaskan tentang sombong ni.

وَلا تُصَعِّر خَدَّكَ لِلنّاسِ وَلا تَمشِ فِى الأَرضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُختالٍ فَخورٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [ QS 31 : 18]

ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [QS 40 : 76]

Lupakah kamu pada hadith nabi yang cukup feymes.

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلم: “لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذَرَّة من كِبْر. فقال رجل: إن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسناً، ونعله حسناً؟ فقال: إن الله جميل يحب الجمال. الكبْر: بَطْر الحق، وغَمْط الناس”                                        رواه مسلم

Dari ibnu Mas’ud berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidak akan masuk kedalam syurga orang yang dihatinya ada kesombongan meskipun seberat biji sawi. Lalu ada yang bertanya : Sesungguhnya seseorang itu sangat senang kepada baju dan sandal yang bagus ? maka beliau berkata : Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia“.  [HR Muslim]

Kenapa sifat sombong ini boleh muncul? Kerana ujub yakni bangga diri. Terlalu merasakan dirinya baik sehingga tak nampak keburukan yang ada padanya. Allah dah tutup aibnya sehingga dia terlupa yang dia ada aib. Pastu duk canang aib orang lain, nilai orang lain seolah dirinya sah ke syurga. Dan kenapa dia selalu canang aib orang lain? Jawapannya adalah kerana dengki, iri hati. Dia dengki kerana lihat orang lain lebih darinya. Benda yang dia tak ada, tapi orang lain ada. Syaitan mana boleh duk diam. Dia bisik la. N orang yang ada masalah hati, lagi la senang nak terhasut ngan bisikan syaitan. Naudzubillahi min dzalik. Moga dijauhkan.

Setakat tu je perkongsian aku. Semoga bermanfaat.

Allahu'alam ^^

p/s : rawatlah hati sebelum ia gelap. dah gelap, susah dah nak terima nasihat. hanya hidayah Allah mampu tembusi, insyaAllah.


Tuesday 4 February 2014

Aqidah ASWJ : Allah Wujud Tidak Bertempat





ULAMA` MUHADDITHIN (ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT)

Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban (W. 354 H) empunya kitab Sahih Ibn Hibban berkata dalam kitabnya al-Thiqat[1]:

"الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لَيْسَ لَهُ حَدٌّ مَحْدُوْدٌ فَيَحْتَوِىْ وَلا لَهُ أَجَلٌ مَعْدُوْدٌ فَيَفْنَىْ وَلا يُحْيِطُ بِهِ جَوَامِعُ الْمَكَانِ وَلا يَشْتَمِلُ عَلَيْهِ تَوَاتُرُ الزَّمَانِ".

Maksudnya:

"Segala puji itu milik Allah yang tidak ada bagi-Nya suatu had tertentu lalu boleh diisi, tidak bagi-Nya suatu tempoh tertentu maka boleh binasa, dan Dia tidak diliputi oleh sebarang tempat dan tidak dilingkungi oleh rantaian masa”.

Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban radiyallahu`anhu (W. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[2]:

"كَانَ – اللهُ –وَلا زَمَانَ وَلا مَكَانَ".

Maksudnya:

"Allah wujud (pada azali), sedangkan masa masih tidak wujud dan tempat juga masih tidak wujud".

Al-Imam al-Muhaddith `Umar bin Muhammad al-Nasafi (W. 537 H) berkata di dalam kitabnya Aqidah al-Nasafiyyah:

"وَالْمُحَدِّثُ لِلْعَالَمِ هُوَ اللهُ تَعَالَى,لا يُوْصَفُ بِالْمَاهِيَةِ وَلا بِالْكَيْفِيَّةِ وَلا يَتَمَكَّنُ فِيْ مَكَانٍ".

Maksudnya:

"Adapun yang mewujudkan alam daripada tiada adalah Allah ta`ala. Dia tidak disifati dengan sebarang jenis bagi sesuatu, tidak disifati dengan sebarang bentuk dan tidak bertempat pada sebarang tempat".

Al-Hafiz al-Muhaddith Waliyy al-Din Abu Zar`ah Ahmad ibn `Abd al-Rahim al-`Iraqi (W.826 H) di dalam kitabnya Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib ketika menghuraikan sabdaan Nabi sallallahu`alaihi wa sallam: ((فهوعنده فوق العرش)),dia berkata[3]:

"اللهُ تَعَالَى مُنَزَّهٌ عَنِ الاِسْتَقْرَارِ وَالتَّحَيُّزِ وَالْجِهَةِ فَالعِنْدِيَّةُ لَيْسَتْ مِنْ حَضْرَةِ الْمَكَانِ بَلْ مِنْ حَضْرَةِالشَّرَفِ، أَيْ وَضْعُ هَذَا الْكِتَابِ فِيْ مَحَلٍّ مُعْظَمٍ عِنْدَهُ".

Maksudnya:

"Allah taala itu disucikan dari sifat menetap (di suatu tempat), mengambil ruang, dan mengambil arah. Oleh itu, maka `indiyyah (kesisian dalam hadis berkenaan) bukanlah dengan makna keberadaan di tempat, bahkan dengan makna ketinggian kemuliaan; iaitu catatan ini (Lawh al-Mahfuz) ada di suatu tempat yang muliabagi-Nya".

Al-Imam al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad Al-`Aini Al-Hanafi (855 H) , salah seorang pensyarah hadith Sahih al-Bukhari berkata[4]:

"تَقَرَّرَ أَنَّ اللهَ لَيْسَ بِجِسْمٍ, فَلا يَحْتَاجُ إِلَى مَكَانٍ يَسْتَقِرُّ فَقَدْ كَانَ وَلا مَكَانَ".

Maksudnya:

"Telah diketahui bahawasanya Allah ta`ala tidak berjisim dan tidak memerlukan tempat untuk Dia menetap padanya. Dia wujud tanpa bertempat".

Al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al Rahman Ibn Abu Bakr al-Suyuthi al Syafi`i (W. 991 H) berkata[5]:

"قَوْلَهُ تَعَالَى : ]لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ [فِيْهِ الرَّدُّ عَلَى الْمُشَبِّهَةِ وَإِنَّهُ تَعَالَى لَيْسَ بِحَوْهَرٍ وَلاجِسْمٍ وَلا عَرْضٍ وَلا لَوْنٍ وَلا طَعْمٍ وَلا حَالٍ فِي مَكَانٍ وَلا زَمَانٍ".

Maksudnya:

"Firman Allah ta`ala : {ليس كمثله شيء} dalam ayat ini ada sanggahan ke atas golongan al Musyabbihah dan bahawa sesungguhnya Allah ta`ala bukan suatu jauhar, bukan juga suatu jisim, buka suatu yang mendatang, bukan suatu warna,bukan suatu rasa dan bukan bertempat di suatu tempat dan juga tidak berada disuatu masa".

Al-Shaykh Muhaddith Beirut Muhammad Ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Syafi`i(W. 1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan `Aqa’id Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah[6]:

"وَلا يَدْخُلُ فِيْ وُجُوْدِهِ - تَعَالَى - زَمَانٌ وَلا مَكَانٌ فَإِنَّهُ السَّابِقُ عَلَى الزَّمَانِ وَالْمَكَانِ".

Maksudnya:

“Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”.

Aqidah Yang Sahih : Allah Wujud Tanpa Tempat





AQIDAH AHLUSSSUNNAH WAL JAMAAH

Aqidah SALAFUSSOLEH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Bukti:

1. Imam Abu Ja'afar At-Tohawi R.A berkata dalam Kitabnya yang masyhur: "Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan anggota kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya" (Matan Aqidah Tohawiyyah)

2. Imam Syafie Rohimahullah berkata: "Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir" (Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi - Kitab Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi)

3. Imam Ahmad Rohimahullah berkata: "Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir [yakni mengatakan tuhan duduk tak serupa duduk, ada tangan tak serupa tangan]" (Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitab Tasynif Al-Masami')

Aqidah KHALAF (ASYAIRAH MATURIDIYYAH): ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Bukti:

1. Imam Bayhaqi Rohimahullah berkata: "Sebahagian dari sahabat-sahabat kami menafikan tempat bagi Allah berhujah dengan sabda nabi (Kamu-Allah- adalah Zohir-segala kekuasaanNya zohir maka tidak ada di atasMu sesuatu, dan Kamu al Batin-maha mengetahui rahsia-rahsia sesuatu- maka tiada selain dari Mu sesuatu),dan apabila tiada di atasNya sesuatu dan selainnya sesuatu maka Dia (Allah) ada tanpa tempat" (Al-Asmaa' wa Al-Sifat)

2. Syekh Daud bin ‘Abd Allah Al-Fathani Rohimahullah berkata: "Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia kufurnya seperti katanya Allah Taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi" (Al-jawahir Al-saniyah)

Aqidah SUFI: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

1. Imam Rifaie R.A berkata: "Kemuncak mengenal Allah ialah meyakini bahawa kewujudanNya tiada berbentuk dan tiada bertempat"

2. Imam Junayd Al-Baghdadi R.A berkata: "Tauhid maknanya mensucikan Allah dari sesuatu yang baharu [yakni berjisim, bertempat, beranggota dll]

--------------

AQIDAH SESAT

Aqidah KRISTIAN (Nasrani): TUHAN DUDUK ATAS ARASH

Bukti:

1. Jesus [Jesus dalam aqidah kristian bukan Islam] beritahu bahawa "Tuhan Kristian duduk semayam atas arash" [Jesus spoke about God sitting on the throne] (Bible Matthew 23:22)

2. Psalmist menulis: "Tuhan itu duduk atas arash" [God is seated on his holy throne] (Psalm 47:8b NIV)

Aqidah YAHUDI (Judaism): TUHAN DUDUK ATAS ARASH

1. Isaiah [Isa dalam akidah yahudi bukan Islam] beritahu bahawa "dia melihat Tuhan duduk atas arash" [saw the Lord seated on a throne] (Isaiah 6)

2. Apostle John kata dia melihat Tuhan duduk atas arashNya [saw God sitting on His throne] (Revelation 4)

Aqidah MUKTAZILAH, WAHDATUL WUJUD, HULUL (Mereka ini bukan dalam kalangan ASWJ - Ijmak) : TUHAN BERADA DI MANA-MANA

-----

Wallahu'alam..

Credit to : Abu Widad Ad-Dusuni Al-Asy'ari