Tuesday 30 April 2013

Demam PRU 13


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Direka dialog ini direka tanpa niat untuk mengguris hati mana-mana pihak. Jawapan untuk mereka yang 'macai' , hebat putar belitkan fakta. Serupa wahhabi dah aku tengok, hahaha. Tengok pada isinya, jangan tengok pada penyampainya. Maaf untuk segala salah dan silap. Renung-renungkan. ^^





Ahmad : Kau balik tak mengundi nanti?

Said : Tak rasanya, malas nak balik.

Ahmad : Nape kau tak balik? Kau tak mengundi lah ni?

Said : Ye, aku tak mengundi.

Ahmad : Kau pilih mana kalau kau undi? Pas ke BN?

Said : Hahaha, aku tak reti bab politik ni. Kalau ikutkan aku, aku pilih yang akan ubah negara kita ni, Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ahmad : Lorh, Malaysia kan memang negara Islam?

Said : Islam atas nama je, tapi takde pun pakai undang-undang Islam. Kan?

Ahmad : Kau ni tak reti bersyukur lah. Selama ni, siapa bagi kau makan, siapa bagi kau duit? Kerajaan kita gak kan? Kalau tukar kerajaan, alamatnya makan ubi kayu balik la kita pasni.

Said : Yang bagi rezeki, tu semua dari Allah, bukan dari kerajaan boh. Memang aku bersyukur, tapi tak bermakna tanda aku bersyukur, aku kena undi kerajaan. Makan ubi kayu? Kenapa, sebelum ni kau tak pernah makan ubi kayu ke? Tu rezeki gak kan? :)

Ahmad : Kau memang tak layak duk Malaysia. Orang dah tolong macam-macam, tak cukup lagi ke?

Said : Kalau aku tak layak duk Malaysia, yang tak jalankan hukum Allah, tu tak layak terus duk atas muka bumi Allah. Allah dah bagi macam-macam, tak reti nak bersyukur pada Allah ke? Boleh timbulkan kemurkaan Allah, tau dok?

Ahmad : Kalau Allah murka, kenapa elok je kerajaan memerintah selama ni? Tak pernah kalah pun. Tandanya Allah redha la tu.

Said : Itu ISTIDRAJ boh. Nak redha camane, kalau perintah Allah tak ikut. Allah murka, ada la. Kan? Kalau kau lah, ada orang duk umah kau, tapi tak ikut cakap kau, kau marah ke suka, mesti kau marah kan?

Ahmad : Ehmmmm

Said : Sama-sama kita doakan, supaya Islam mampu bangkit di bumi Malaysia. Utamakan agama dahulu, barulah rakyat. Letak Allah di hadapan. Libatkan Allah dalam setiap pekerjaan kita, insyaAllah diredhai dan diberkati hidup kita. "Ini Kalilah" kita mengubahnya, insyaAllah.

Ahmad : InsyaAllah. ^^

Takbir!! Allahuakbar!!

ISTIDRAJ : Mukjizat yang Allah berikan pada hambaNya sebagai tanda Dia murka pada hambaNya. Itu adalah untuk menyesatkan dan menjauhkan lagi hambaNya daripada Dia. Naudzubillah, semoga dijauhkan.

Wallahu'alam 

Monday 15 April 2013

Jalan Dakwah Panjang Kot... :')



Tiada jalan mudah dalam berdakwah. Jika dakwah seseorang itu 'smooth' , tanpa ada ujian, seseorang itu tak akan merasakan nikmat berdakwah. Berdakwah, ialah dengan menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah dakwah. Bukannya mencegah kemungkaran, tapi tak menyuruh pada kebaikan. Amar ma'ruf nahi mungkar. Menyuruh pada kebaikan dahulu, barulah mencegahnya daripada kemungkaran. 




"Orang sekarang hanya hebat mencegah, tapi tak menyuruh pada kebaikan. Itu bukan dakwah namanya." - Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bila sebut pasal dakwah, masing-masing terbayangkan 'Ustaz', 'Ulama''. Dakwah bukan hanya tugas para da'ie ( pendakwah ) , tapi ia adalah tanggungjawab setiap insan bergelar Muslim. Tak dapat dakwah orang lain, dakwah diri sendiri pun boleh. Banyakkan muhasabah diri. Dakwah bukan kerja part time, tapi dakwah kenalah full time. Dakwah bukan seminggu, bukan sebulan, bukan setahun, tapi selama-lamanya.

Dakwah tu sesuatu yang baik. Benda baik ni, banyak ujian yang akan diberikan oleh Allah. Bukan kerana benci, tapi kerana sayang. Ujian adalah sebagai penanda aras iman seseorang sama ada mereka layak dinaikkan darjat atau tidak. Sama juga seperti pekerja. Majikan akan uji pekerjanya dengan bermacam-macam projek. Jika berjaya, maka akan dinaikkan pangkat, jika tak, akan kekal di situ. 

Sabar. Itulah jawapannya bagi orang yang ditimpa ujian. Allah ada bersama dengan orang-orang yang sabar. Allah ada di sisi kamu. Jangan pernah putus berdoa pada Allah. Allah dengar rintihan kamu, tapi Allah nak lihat sama ada kita mampu bersabar atau tidak. Contoh ketika dalam peperiksaan, kita jawab soalan peperiksaan. Pengawas ada si sekeliling kita. Boleh kita minta tolong dengan pengawas? Boleh. Tapi dia tak akan tolong. Pengawas nak tengok sama ada kita mampu jawab soalan itu atau tidak.

Ujian Allah bermula di saat kita hendak lakukan kebaikan. Ingat tu. Allah sweet kan? Baru je nak buat baik, Allah dah siap-siap nak naikkan darjat kita. Jalan dakwah itu susah tapi pengakhirannya sangat indah. Berhijrah itu payah, ada duri di setiap langkah kita tapi di hujungnya, ada madu menanti kita.

Jangan pernah mengalah dalam sampaikan dakwah. Jangan pernah melenting dalam sampaikan dakwah. Berdakwah biarlah berlemah lembut, biarlah penuh adab, barulah menusuk kalbu orang yang didakwah. Dalam berdakwah, perlu ada al-mau'izah hasanah, iaitu contoh yang baik. Ilmu seseorang memang memainkan peranan yang penting dalam berdakwah. Amalnya akan memperkuatkan dakwahnya, dan akhlaknya akan memperkemaskan lagi dakwahnya itu. 

Tugas kita hanya menyampaikan dakwah, membawa seseorang yang terpesong supaya kembali pada jalan yang lurus, bawanya pada jalan Allah. Bukan tugas kita untuk beri hidayah, tapi tugas kita bawanya kepada hidayah. Hanya Allah yang berhak berikah hidayah pada seseorang. Kita berdoa supaya Allah titipkan hidayahNya pada hambaNya dan serahkan segalanya pada Allah. Allah tak tengok kita berjaya atau tak dalam berdakwah, tapi Allah nak tengok usaha kita dalam berdakwah dan cegah kemungkaran.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). 

[al-Qasas 28:56]

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”. 

[Yunus 10:108]


Kisah Burung di Zaman Nabi Ibrahim A.S.

Ada seekor burung yg menonton peristiwa Nabi Ibrahim a.s dibakar lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas ditanya kpd burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"
Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Tapi yang menjadi persoalan,apakah usahaku mencegah kemungkaran.

Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. Yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Yang berhak dipuji hanyalah Dia, Tuhan Sekalian Alam.

Renung-renungkan. Salam dakwah.

Wallahu'alam ^^

Thursday 11 April 2013

Kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah :)


Assalamualaikum ^^

Kisah cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Inilah kisah cinta yang paling romantik pernah aku tahu. Siapa taknak jalan cerita cinta dia tu sweet kan? Semua orang nak. Semua ada cara tersendiri. Saidina Ali punya cara paling romantik r. Walaupun tiada apa-apa, dipendamkan cintanya itu, simpan kerana dia takut Fatimah tak terima cintanya itu. Namun, itulah jodoh. Jika sorang di kutub utara, sorang di kutub selatan sekalipun, jika jodoh mereka dah ditulis Allah, insyaAllah kelak akan ketemu. Cuma bila je kita tak tahu. So, selamat membaca :D



Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.


Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.


”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para fakir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaallah lebih membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.


”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.


Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?


Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”


Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”


Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”


Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”


Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”


Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.


Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”


Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”


“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.


Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.


Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.


Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”


Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”


“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.


Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”


“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Tuesday 9 April 2013

Siapa Jodoh Kamu? ^_^


Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh..




Nikah, kahwin, jodoh, topik yang sangat disukai oleh anak-anak muda zaman sekarang. Bila ada je ceramah pasal cinta, berebut-rebut nak pergi, dan bila masuk dalam ceramah tu, lebih ramai kaum hawa yang datang dari kaum adam, hehehe..Tapi takde salahnya pun, itu semua ilmu. Selagi boleh dituntut, tuntutlah.



Apa ciri-ciri suami yang soleh? Apa ciri-ciri isteri yang solehah? Boleh ke perempuan lamar lelaki? Ini antara persoalan yang sering saya dengar dari kawan-kawan saya. 

Bila ditanya seseorang mengenai ciri-ciri suami / isteri pilihan, mereka akan menjawab nak yang soleh, solehah. Bagus, itu memang perlu ada pada pasangan kita. Namun, ingatlah, kita nak pasangan yang baik, nak pasangan yang soleh/solehah, kita terlebih dahulu perlu menjadi baik. Ubahlah sikap dari sekarang, sentiasa berdoa pada Allah supaya diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah, Allah akan memberi yang terbaik untuk kita. =)

Ciri-ciri calon suami yang soleh.



Nak pilih calon suami untuk dijadikan ketua keluarga kita sangat perlu berhati-hati. Kena cerewet sikit. Kerana lelaki yang akan menjadi imam kepada isterinya, lelaki yang akan membimbing bukannya lelaki yang akan dibimbing. Jadi di sini akan dilistkan beberapa ciri-ciri yang menunjukkan seorang lelaki itu sesuai untuk dijadikan suami. 

  • Seorang yang patuh dan taah pada perintah Allah. Dia tidak tinggalkan solat, sentiasa solat berjemaah, solat di awal waktu, jaga puasa dan dia seorang yang sentiasa menjaga auratnya.
  • Jangan cari yang tak solat. Kata Imam As-Syafi'e, jika dia boleh tinggalkan Allah, jangan terkejut satu hari nanti dia akan tinggalkan kamu.
  • Baik akhlaknya. Bercakap dengan lemah lembut, tegas bertempat, mudah bertolak ansur dan menunjukkan akhlak yang terpuji.
  • Mempunyai rakan yang baik. Tidak bergaul dengan rakan-rakan yang selalu lakukan kemungkaran.
  • Seorang yang bertanggungjawab. Nak tahu dia ni bertanggungjawab atau tak, lihat sikap dia dengan keluarganya. Jika dia ok di hadapan keluarganya, layan keluarga dia dengan baik, sentiasa dahulukan keluarga dia dari orang lain, layaklah dia dijadikan calon suami.
Ciri-ciri calon isteri yang solehah.





Kepada lelaki di luar sana, nak cari calon isteri tidak perlu susah-susah. Tak perlu cari yang baik-baik, kerana kita sebagai lelaki yang akan bimbing mereka. Tapi itu tak bermaksud perempuan tak perlu jadi solehah. Lelaki akan lebih tertarik apabila melihat wanita solehah berbanding wanita biasa. Jadi, apa ciri-ciri wanita solehah tu yang sesuai untuk dijadikan isteri?

  • Seorang yang patuh pada perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Jaga solatnya, auaratnya dipelihara.
  • Seorang yang tidak bertabarruj dalam berhias.
  • Tidak bergaul bebas dengan lelaki, sentiasa menjaga ikhtilat.
  • Bila berjalan, dia akan mendahulukan lelaki. Dia tidak akan sesekali berjalan dihadapan lelaki lain.
  • Bila ada lelaki memandang, dia akan menundukkan pandangannya.
  • Mempunyai akhlak yang terpuji.



" Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata-mata dan sebaik- baik keindahannya adalah wanita solehah." [ HR Muslim ]


Sekarang, ramai para remaja sekarang kahwin awal. Kahwin ketika belajar. Salah ke? Jawapannya tak salah. Malah digalakkan untuk kahwin awal. Banyak hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan berkahwin.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Ali r.a : "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu lengahkan pelaksanaannya iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya dan wanita bila ditemukan lelaki yang sepadan datang meminangnya." [ HR. Ahmad ]

"Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah dia, dan bila kamu tidak lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas. 
[ HR. Tirmizi dan Ahmad ]

Bila mencari pasangan hidup, hendaklah mencari yang baik agamanya. Rasulullah bersabda : " Wanita dinikahi kerana 4 faktor. Kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah pilih yang beragama untuk berkat kedua tanganmu."  [ HR. Muslim ]

Selain dari itu, jika nak cari calon isteri, carilah yang rendah maharnya. Kerana perempuan yang memudahkan kita di awal perkahwinan insyaAllah akan memudahkan alam rumahtangga kita. InsyaAllah.

Perempuan melamar lelaki.

Ramai wanita sekarang takut untuk melamar lelaki. Tidak ada salahnya wanita melamar lelaki. Itulah yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Jika sudah menjumpai calon, yang baik akhlaknya, yang baik amalnya dan yakin dia mampu bimbing ke syurga, maka lamarlah. Hantarkan wakil kepada lelaki itu untuk nyatakan hasrat kamu. Banyakkan berdoa pada Allah, supaya dibukakan hatinya untuk menerima kamu dengan seadanya. Jika dia menolak kamu dengan baik, redhalah kerana Allah mungkin tetapkan jodoh yang lebih baik kepada kamu. 



Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”


Jadi setakat itu je lah perkongsian untuk malam ni. InsyaAllah, jika ada umur yang panjang, akan dikongsikan lagi ilmu untuk sama-sama kita belajar, insyaAllah. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. 

Wallahu'alam ^_^









Monday 8 April 2013

Al-Fatihah :'(








Al-Fatihah untuk sahabatku, Ahmad Amirul Faez Bin Ismail.. Allah lebih menyayangi mu wahai sahabatku..

Sedar x sedar,hari ni telah genap 3 tahun perginya sahabat karibku menemui Rabbul Jalil..



Ahmad Amirul Faez bin Ismail (26/3/1992 - 8/4/2010) dalam kenangan..
Semoga kuburnya menjadi salah satu dari taman-taman syurga..

Semoga Allah tempatkan kamu di tempat yang mulia, tempat orang-orang yang soleh.. Nantikan aku di sana wahai sahabatku, insyaAllah aku akan menyusul bersamamu bila-bila masa je. :'(

Sunday 7 April 2013

Syahid Fi Sabilillah

Tazkirah Maghrib dari Ustaz Afis Ibrahim a.k.a UAI Junior ...



Buat sesuatu perkara, kena betulkan niat. Ikhlaskan hati kerana Allah. Kamu berperang, kerana ingin menegakkan syiar Islam, kerana ingin pertahankan agama Allah, kamu mati, mati kamu adalah mati syahid. Kamu buat kerana selain dari Allah, mati kamu bukan mati syahid, mati yang sia-sia. Allah pilih siapa yang berhak mati syahid. Tak semua dapat mati syahid. Rasulullah sendiri cemburu dengan orang mati syahid.

Orang yang mati syahid, dia ada tiker besar. Di kubur kelak, akan ada roadblock, JPJ tahan kita ( munkar dan nakir ), soal kita. Tapi orang yang mati syahid, dia ada lesen besar. Dia tak akan disoal oleh Malaikat. Sama juga dengan orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh. Mereka ada lesen besar dan tak akan di tahan di roadblock kat kubur nanti.

Jika kita tanya orang kampung, apa nikmat paling best di dunia ini, macam-macam jawapan kita dengar. Ada yang kata solat adalah nikmat paling best. Ada yang kata zikir, ada yang kata kahwin. Dan ada juga yang kata jimak adalah nikmat yang paling best di atas muka bumi ini. Tapi jika kita tanya para ulama', nikmat yang paling best di atas dunia ini, mereka akan jawab syahid fi sabilillah, iaitu mati di jalan Allah S.W.T. Betapa nikmatnya mati syahid ini. Sampai ada yang mati syahid, lepas dia mati, dia berdoa pada Allah agar dihidupkan kembali dan nak mati syahid lagi.

*Tanamkan dalam diri kita untuk syahid di jalan Allah. Syahid tak semestinya berperang, banyak lagi jihad lain selain dari perang.

"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh."
[ HR Al Hakim ]

Rasulullah SAW bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2. melihat tempatnya didalam surga
3. dilindungi dari azab kubur
4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
[ HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad ]

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid."
[ HR Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142) ]

"Jihad yang paling besar adalah melawan hawa nafsu"
[ HR Al Baihaqi ]

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"
[ HR Tirmizi ]

"Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim"
[ HR Ahmad ]

Senyum dalam kematiannya, kerana dia dah nampak syurga. Ainul Mardhiah menantinya di sana. 

Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Wallahu'alam ^^

Thursday 4 April 2013

Taubat seorang hamba

TAUBAT SEORANG HAMBA



Bertaubat kepada Allah adalah perkara yang wajib, demikian juga bersegera dalam taubat adalah perkara yang wajib. Tidak boleh mengakhirkan taubat sampai terlambat, kerana seseorang tidak tahu waktu maut menjemputnya. Semua orang wajib bertaubat. Jika hari ni kamu rasakan kamu tak buat salah, kamu silap. Kita tak terlepas dari lakukan dosa. Rasulullah sendiri sentiasa bertaubat pada Allah walaupun dirinya maksum, walaupun dirinya sudah dijanjikan syurga oleh Allah.

Betapa ramai yang ada dalam kubur tu, berharap agar diberi peluang kepada mereka untuk bertaubat pada Allah. Gunakan peluang yang Allah berikan pada kita ni. Taubatlah dengan bersungguh-sungguh yakni TAUBAT NASUHA. 

Allah cintakan orang yang bertaubat, tetapi Allah lebih cinta pada orang muda yang bertaubat. 

Taubat - Kembali pada Allah. Menyesal dengan perbuatan kita dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ada orang, bila dia dah lakukan banyak kesalahan, dia malu untuk bertaubat. Dia takut dirinya tak diterima oleh Allah. 

Jangan malu untuk bertaubat kerana banyak dosa. Tapi malulah untuk buat dosa setelah berkali-kali bertaubat. - Ustaz Don 

Tiada pintu seluas pintu taubat Allah S.W.T. Itulah pintu yang paling luas. Luasnya adalah seluas langit dan bumi. MasyaAllah. :') Allah itu Maha Pengampun. Tapi jangan gunakan sifat Allah ini sebagai tiket untuk kita terus lakukan maksiat. Dosa kamu setinggi gunung, sedalam laut, jika kamu benar-benar bertaubat, Allah tak pandang pada dosa kamu yang lalu. 



Allah itu sweet kan? Dia sentiasa beri peluang pada kita. Tapi kita tak pernah guna peluang ini. :'( 

Kasih sayang Allah pada hambaNya sentiasa mendahului kemurkaanNya pada kita. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa syirik tetapi akan mengampunkan selain itu.” [An Nisaa’: 48 ]

Muliakanlah semua orang. Mungkin dia sebelum ni banyak dosa sebab dia jahil Sekali dia bertaubat, dia lagi suci dari kita. 

“Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak berdosa.” 
[HR At Tabrani]

Yang muda, banyakkanlah bertaubat. Allah suka pemuda yang bertaubat. Yang tua, lagilah perlu bertaubat. Sedar dirilah sikit, kubur makin memanggil.

“Tiada sesuatu yang lebih disuaki Allah daripada seorang pemuda yang bertaubat.” 
[HR Ad Dailami] 

Selagi nyawa di kandung badan, solat sunat taubat jangan sesekali tinggalkan. Jangan nyawa dah hujung tanduk, baru nak taubat. Allah akan terima bila-bila masa taubat dari hambaNya kecuali sewaktu nyawa dia dah nak ditarik. 

"Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang terjerumus berbuat dosa tetapi bertaubat.” 
[ HR Ahmad ] 

Mati kita tak tahu bila. Boleh jadi malam ni kita mati. Jom bertaubat. Bagi Rasulullah bangga ada umat macam kita ni. Setakat itu je perkongsian mengenai taubat. Maafkan saya jika ada kekurangan. Saya masih lagi jahil. Perbetulkanlah mana yang salah dan silap.

Wallahu'alam. :')

Kisah Taubat




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Di sini nak kongsikan sedikit kisah mengenai taubat. Bacalah dan muhasabah diri kita. Bertaubatlah kamu sebelum terlambat. Pintu taubat Allah itu luas, seluas langit dan bumi. So, enjoy lah kisah ni ye. ^^





Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendeta untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Ketika bertemu dengannya, dia pun menerangkan bahwa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya padanya apakah dia masih mempunyai peluang untuk bertaubat. Pendeta dengan tegas mengatakan dia tidak bisa bertaubat karena dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan langsung membunuh pendeta itu, menjadikannya mangsa yang ke seratus.

Dia masih ingin bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang bisa membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh seratus orang dan bertanya apakah Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih mempunyai harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan ‘abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan kemaksiatan.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu pergi menuju negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Baru saja sampai setengah perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu terjadilah perdebatan antara dua malaikat, yaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin membawa roh lelaki itu ke syurga karena pendapat dia adalah orang tersebut adalah baik lantaran niatnya untuk bertaubat, sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam keadaan su'ul khatimah karena dia telah membunuh seratus orang dan masih belum mempunyai amal kebajikan sedikitpun. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian mengantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perdebatan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat, adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang akan dituju atau lebih dekat dengan tempat asalnya yang buruk?. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia milik Malaikat Rahmat. Sebaliknya apabila jaraknya lebih dekat dengan tempat asalnya, dia milik Malaikat Azab. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi ukuran sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

"Maka Allah SWT mewahyukan kepada bumi yang buruk agar menjauh dan pada bumi yang baik agar mendekat.Lalu diperintahkan agar mengukur jaraknya,sehingga didapati ia lebih dekat pada bumi yang baik selisih satu jengkal dan ampunilah dia".

Tidak diragukan lagi, pintu taubat Allah itu luas. Allah sentiasa menunggu taubat dari hambaNya.




Taubat Nabi Adam a.s.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam dikeluarkan dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit karena terlanjur malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itulah Allah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon cengkeh. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sekali air ini". Terdengar Nabi Adam oleh kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya karena perbuatan durhakanya kepada Allah. Hal ini membuat Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah menyampaikan wahyu kepada Nabi Adam "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lezat dan lebih hebat dari air mata taubatmu itu".



Allah Maha Pengampun

Di zaman Nabi Musa ada seorang fasik yang suka melakukan kejahatan. Penduduk negeri tersebut tidak mampu lagi mencegah perbuatannya, lalu mereka berdoa kepada Allah. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi Musa supaya mengusir pemuda itu dari negerinya agar penduduknya tidak ditimpa bencana. Lalu keluarlah pemuda tersebut dari kampunganya dan sampai di suatu kawasan yang luas, dimana tidak seekor burung atau manusiapun hidup.

Selang beberapa hari pemuda itu jatuh sakit. Merintihlah ia seorang diri, lalu berkata: "Wahai Tuhanku, kalaulah ibuku, ayahku dan isteriku berada di sisiku sudah tentu mereka akan menangis melihat waktu akan memisahkan aku dengan mereka (mati). Andaikata anak-anakku ada di sisiku pasti mereka berkata: "Ya Allah, ampunilah ayah kami yang telah banyak melakukan kejahatan sehingga ia diusir dari kampungnya ke tanah lapang yang tidak berpenghuni dan keluar dari dunia menuju akhirat dalam keadaan putus asa dari segala sesuatu kecuali rahmatMu ya Allah".

Terakhir kali pemuda itu berkata, "Ya Allah, janganlah Engkau putuskan aku dari rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap sesuatu",. Setelah berkata demikian, matilah pemuda itu.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Musa, firmannya, "Pergilah kamu ke tanah lapang di sana ada seorang waliKu yang telah meninggal. Mandikan, kafankan dan sembahyangkanlah dia". Setiba di sana Nabi Musa mendapati yang mati itu adalah pemuda yang diusirnya dahulu. Lalu Nabi Musa berkata, "Ya Allah, bukankah dia ini pemuda fasik yang Engkau suruh aku usir dahulu". Allah berfirman, "Benar, Aku kasihan kepadanya karena rintihan sakitnya dan berjauhan dari keluarganya. Apabila seseorang yang tidak mempunyai saudara mati, maka semua penghuni langit dan bumi akan sama menangis karena kasihan kepadanya. Oleh karena itu bagaimana Aku tidak mengasihaninya sedangkan Aku adalah Dzat Yang Maha Penyayang di antara penyayang".



Taubatnya Malik bin Dinar

Diriwayatkan dari Malik bin Dinar, dia pernah ditanya tentang sebab-sebab dia bertaubat, maka dia berkata: "Aku adalah seorang polisi dan aku sedang asyik menikmati khamr (arak), kemudian aku beli seorang budak perempuan dengan harga mahal, maka dia melahirkan seorang anak perempuan, aku pun menyayanginya. Ketika dia mulai bisa berjalan, cintaku bertambah padanya. Setiap kali aku meletakkan minuman keras dihadapanku anak itu datang padaku dan mengambilnya dan menuangkannya di bajuku, ketika umurnya menginjak dua tahun dia meninggal dunia, maka aku pun sangat sedih atas musibah ini.

Ketika malam dipertengahan bulan Sya’ban pada malam Jum’at, aku meneguk khamr lalu tidur belum shalat isya'. Dalam tidur itu aku bermimpi seakan-akan kiamat itu terjadi, dan terompet sangkakala ditiup, orang mati dibangkitkan, seluruh makhluk dikumpulkan dan aku berada bersama mereka, kemudian aku mendengar sesuatu yang bergerak dibelakangku, ketika aku menoleh ke arahnya kulihat ular yang sangat besar berwarna hitam kebiru-biruan membuka mulutnya menuju kearahku, maka aku lari tunggang langgang karena ketakutan, ditengah jalan kutemui seorang syeikh yang berpakaian putih dengan wangi yang semerbak, maka aku ucapkan salam atasnya dia pun menjawabnya, dan aku berkata: "Wahai syeikh, tolong lindungilah aku dari ular ini"!. Maka syeikh itu menangis dan berkata padaku: "Aku orang yang lemah dan ular itu lebih kuat dariku dan aku tak mampu mengatasinya, bergegaslah engkau mudah-mudahan Allah menyelamatkanmu", maka aku bergegas lari dan memanjat sebuah tebing Neraka hingga sampai pada ujung tebing itu, aku lihat kobaran api Neraka yang sangat dahsyat, hampir saja aku terjatuh kedalamnya karena rasa takutku pada ular itu. Namun pada waktu itu seorang menjerit memanggil-ku, "Kembalilah engkau karena engkau bukan penghuni Neraka itu!", aku pun tenang mendengarnya, maka turunlah aku dari tebing itu dan pulang. Sedang ular yang mengejarku kembali. Aku datangi syeikh tadi dan aku katakan, "Wahai syeikh, aku mohon kepadamu agar melindungiku dari ular itu namun engkau tak mampu berbuat apa-apa". Menangislah syeikh itu seraya berkata, "Aku seorang yang lemah tetapi pergilah ke gunung itu karena di sana terdapat banyak simpanan kaum muslimin, kalau engkau punya barang simpanan di sana maka barang itu akan menolongmu"

Aku melihat ke gunung yang bulat itu yang terbuat dari perak. Di sana ada setrika yang telah retak dan tirai-tirai yang tergantung yang setiap lubang cahaya mempunyai daun-daun pintu dari emas dan di setiap daun pintu itu mempunyai tirai sutera. Ketika aku lihat gunung itu, aku langsung lari karena aku menemui ular besar, tatkala ular itu mendekatiku, para malaikat berteriak: "Angkatlah tirai-tirai itu dan bukalah pintu-pintunya dan mendakilah kesana!" Mudah-mudahan dia punya barang titipan di sana yang dapat melindunginya dari musuhnya (ular). Ketika tirai-tirai itu diangkat dan pintu-pintu telah dibuka, ada beberapa anak dengan wajah berseri mengawasiku dari atas. Ular itu semakin mendekat padaku maka aku kebingungan, berteriaklah anak-anak itu: "Celakalah kamu sekalian! Cepatlah naik semuanya karena ular besar itu telah mendekatinya". Maka naiklah mereka dengan serentak, aku lihat anak perempuanku yang telah meninggal ikut mengawasiku bersama mereka. Ketika dia melihatku, dia menangis dan berkata: "Ayahku, demi Allah!" Kemudian dia me-lompat bagaikan anak panah yang dilepaskan, kemudian dia mengulurkan tangan kirinya pada tangan kananku dan menariknya, kemudian dia ulurkan tangan kanan-nya ke ular itu, namun binatang tersebut lari.

Kemudian dia mendudukkanku dan dia duduk di pangkuanku, maka aku pegang tangan kanannya untuk menghelai jenggotku dan berkata: "Wahai ayahku! Ingatlah Firman Allah yang berbunyi "Belumlah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka kepada Allah".(QS. Al Hadid: 16).

Maka aku menangis dan berkata: "Wahai anakku, kalian semua faham tentang Al Quran", maka dia berkata: "Wahai ayahku, kami lebih tahu tentang Al Quran darimu", aku berkata: "Ceritakanlah padaku tentang ular yang ingin membunuhku", dia menjawab: "Itulah pekerjaanmu yang buruk yang selama ini engkau kerjakan, maka Allah akan memasukkanmu ke dalam api Neraka", aku berkata: "Ceritakanlah tentang Syeikh yang berjalan di jalanku itu", dia menjawab: "Wahai ayahku, itulah amal sholeh yang sedikit hingga tak mampu menolongmu", aku berkata: "Wahai anakku, apa yang kalian perbuat di gunung itu?", dia menjawab : Kami adalah anak-anak orang muslimin yang di sini hingga terjadinya kiamat, kami menunggu kalian hingga datang pada kami kemudian kami memberi syafa'at kepada kalian". (HR. Muslim dalam shahihnya No. 2635).

Berkata Malik: "Maka akupun takut dan aku tuangkan seluruh minuman keras itu dan kupecahkan seluruh botol-botol minuman kemudian aku bertaubat pada Allah, dan inilah cerita tentang taubatku pada Allah".

Setakat ini sahaja perkongsian mengenai kisah-kisah taubat para sahabat, para wali Allah S.W.T. Semoga kita sentiasa dijadikan Allah sebagai hambaNya yang selalu bertaubat kepadaNya. 



Wallahu'alam ^^