Tuesday 4 February 2014

Aqidah ASWJ : Allah Wujud Tidak Bertempat





ULAMA` MUHADDITHIN (ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT)

Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban (W. 354 H) empunya kitab Sahih Ibn Hibban berkata dalam kitabnya al-Thiqat[1]:

"الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لَيْسَ لَهُ حَدٌّ مَحْدُوْدٌ فَيَحْتَوِىْ وَلا لَهُ أَجَلٌ مَعْدُوْدٌ فَيَفْنَىْ وَلا يُحْيِطُ بِهِ جَوَامِعُ الْمَكَانِ وَلا يَشْتَمِلُ عَلَيْهِ تَوَاتُرُ الزَّمَانِ".

Maksudnya:

"Segala puji itu milik Allah yang tidak ada bagi-Nya suatu had tertentu lalu boleh diisi, tidak bagi-Nya suatu tempoh tertentu maka boleh binasa, dan Dia tidak diliputi oleh sebarang tempat dan tidak dilingkungi oleh rantaian masa”.

Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban radiyallahu`anhu (W. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[2]:

"كَانَ – اللهُ –وَلا زَمَانَ وَلا مَكَانَ".

Maksudnya:

"Allah wujud (pada azali), sedangkan masa masih tidak wujud dan tempat juga masih tidak wujud".

Al-Imam al-Muhaddith `Umar bin Muhammad al-Nasafi (W. 537 H) berkata di dalam kitabnya Aqidah al-Nasafiyyah:

"وَالْمُحَدِّثُ لِلْعَالَمِ هُوَ اللهُ تَعَالَى,لا يُوْصَفُ بِالْمَاهِيَةِ وَلا بِالْكَيْفِيَّةِ وَلا يَتَمَكَّنُ فِيْ مَكَانٍ".

Maksudnya:

"Adapun yang mewujudkan alam daripada tiada adalah Allah ta`ala. Dia tidak disifati dengan sebarang jenis bagi sesuatu, tidak disifati dengan sebarang bentuk dan tidak bertempat pada sebarang tempat".

Al-Hafiz al-Muhaddith Waliyy al-Din Abu Zar`ah Ahmad ibn `Abd al-Rahim al-`Iraqi (W.826 H) di dalam kitabnya Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib ketika menghuraikan sabdaan Nabi sallallahu`alaihi wa sallam: ((فهوعنده فوق العرش)),dia berkata[3]:

"اللهُ تَعَالَى مُنَزَّهٌ عَنِ الاِسْتَقْرَارِ وَالتَّحَيُّزِ وَالْجِهَةِ فَالعِنْدِيَّةُ لَيْسَتْ مِنْ حَضْرَةِ الْمَكَانِ بَلْ مِنْ حَضْرَةِالشَّرَفِ، أَيْ وَضْعُ هَذَا الْكِتَابِ فِيْ مَحَلٍّ مُعْظَمٍ عِنْدَهُ".

Maksudnya:

"Allah taala itu disucikan dari sifat menetap (di suatu tempat), mengambil ruang, dan mengambil arah. Oleh itu, maka `indiyyah (kesisian dalam hadis berkenaan) bukanlah dengan makna keberadaan di tempat, bahkan dengan makna ketinggian kemuliaan; iaitu catatan ini (Lawh al-Mahfuz) ada di suatu tempat yang muliabagi-Nya".

Al-Imam al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad Al-`Aini Al-Hanafi (855 H) , salah seorang pensyarah hadith Sahih al-Bukhari berkata[4]:

"تَقَرَّرَ أَنَّ اللهَ لَيْسَ بِجِسْمٍ, فَلا يَحْتَاجُ إِلَى مَكَانٍ يَسْتَقِرُّ فَقَدْ كَانَ وَلا مَكَانَ".

Maksudnya:

"Telah diketahui bahawasanya Allah ta`ala tidak berjisim dan tidak memerlukan tempat untuk Dia menetap padanya. Dia wujud tanpa bertempat".

Al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al Rahman Ibn Abu Bakr al-Suyuthi al Syafi`i (W. 991 H) berkata[5]:

"قَوْلَهُ تَعَالَى : ]لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ [فِيْهِ الرَّدُّ عَلَى الْمُشَبِّهَةِ وَإِنَّهُ تَعَالَى لَيْسَ بِحَوْهَرٍ وَلاجِسْمٍ وَلا عَرْضٍ وَلا لَوْنٍ وَلا طَعْمٍ وَلا حَالٍ فِي مَكَانٍ وَلا زَمَانٍ".

Maksudnya:

"Firman Allah ta`ala : {ليس كمثله شيء} dalam ayat ini ada sanggahan ke atas golongan al Musyabbihah dan bahawa sesungguhnya Allah ta`ala bukan suatu jauhar, bukan juga suatu jisim, buka suatu yang mendatang, bukan suatu warna,bukan suatu rasa dan bukan bertempat di suatu tempat dan juga tidak berada disuatu masa".

Al-Shaykh Muhaddith Beirut Muhammad Ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Syafi`i(W. 1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan `Aqa’id Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah[6]:

"وَلا يَدْخُلُ فِيْ وُجُوْدِهِ - تَعَالَى - زَمَانٌ وَلا مَكَانٌ فَإِنَّهُ السَّابِقُ عَلَى الزَّمَانِ وَالْمَكَانِ".

Maksudnya:

“Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”.

Aqidah Yang Sahih : Allah Wujud Tanpa Tempat





AQIDAH AHLUSSSUNNAH WAL JAMAAH

Aqidah SALAFUSSOLEH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Bukti:

1. Imam Abu Ja'afar At-Tohawi R.A berkata dalam Kitabnya yang masyhur: "Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan anggota kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya" (Matan Aqidah Tohawiyyah)

2. Imam Syafie Rohimahullah berkata: "Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir" (Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi - Kitab Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi)

3. Imam Ahmad Rohimahullah berkata: "Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir [yakni mengatakan tuhan duduk tak serupa duduk, ada tangan tak serupa tangan]" (Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitab Tasynif Al-Masami')

Aqidah KHALAF (ASYAIRAH MATURIDIYYAH): ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Bukti:

1. Imam Bayhaqi Rohimahullah berkata: "Sebahagian dari sahabat-sahabat kami menafikan tempat bagi Allah berhujah dengan sabda nabi (Kamu-Allah- adalah Zohir-segala kekuasaanNya zohir maka tidak ada di atasMu sesuatu, dan Kamu al Batin-maha mengetahui rahsia-rahsia sesuatu- maka tiada selain dari Mu sesuatu),dan apabila tiada di atasNya sesuatu dan selainnya sesuatu maka Dia (Allah) ada tanpa tempat" (Al-Asmaa' wa Al-Sifat)

2. Syekh Daud bin ‘Abd Allah Al-Fathani Rohimahullah berkata: "Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia kufurnya seperti katanya Allah Taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi" (Al-jawahir Al-saniyah)

Aqidah SUFI: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

1. Imam Rifaie R.A berkata: "Kemuncak mengenal Allah ialah meyakini bahawa kewujudanNya tiada berbentuk dan tiada bertempat"

2. Imam Junayd Al-Baghdadi R.A berkata: "Tauhid maknanya mensucikan Allah dari sesuatu yang baharu [yakni berjisim, bertempat, beranggota dll]

--------------

AQIDAH SESAT

Aqidah KRISTIAN (Nasrani): TUHAN DUDUK ATAS ARASH

Bukti:

1. Jesus [Jesus dalam aqidah kristian bukan Islam] beritahu bahawa "Tuhan Kristian duduk semayam atas arash" [Jesus spoke about God sitting on the throne] (Bible Matthew 23:22)

2. Psalmist menulis: "Tuhan itu duduk atas arash" [God is seated on his holy throne] (Psalm 47:8b NIV)

Aqidah YAHUDI (Judaism): TUHAN DUDUK ATAS ARASH

1. Isaiah [Isa dalam akidah yahudi bukan Islam] beritahu bahawa "dia melihat Tuhan duduk atas arash" [saw the Lord seated on a throne] (Isaiah 6)

2. Apostle John kata dia melihat Tuhan duduk atas arashNya [saw God sitting on His throne] (Revelation 4)

Aqidah MUKTAZILAH, WAHDATUL WUJUD, HULUL (Mereka ini bukan dalam kalangan ASWJ - Ijmak) : TUHAN BERADA DI MANA-MANA

-----

Wallahu'alam..

Credit to : Abu Widad Ad-Dusuni Al-Asy'ari