Assalamualaikum, dah solat dhuha belum ni? Kalau belum, yok kita tunaikan dulu. Meh nak citer sal solat sunat dhuha. =)
Solat sunat dhuha ni boleh dianggap sebagai tanda terima kasih kepada Allah atas segala pemberianNya ke atas kita. Rasulullah tak pernah tinggalkan solat sunat dhuha tanpa keuzuran dan ia sangat digalakkan kepada umat Islam.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Cara Solat sunat dhuha :
Solat sunat dhuha boleh di lakukan dari 2 rakaat sehingga 8 rakaat. Itu adalah pendapat yang kuat, menurut hadith sahih. Ada yang mengatakan boleh buat sehingga 12 rakaat, tapi itu pendapat yang lemah, menurut hadith dhaif.
1) niat - sahaja aku solat sunat dhuha 2 raka'at tunai kerana Allah ta'ala
2) rakaat pertama - baca al-fatihah dan di susuli dengan apa2 surah sekalipun. tapi ulama' anjurkan baca surah as-syams
3) rakaat kedua - fatihah dan baca surah ad-dhuha
4) salam
5) selesai salam, baca doa dhuha.
Doa Dhuha..
Kelebihan solat sunat dhuha :
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Hakim dan Tabrani).
Hukum solat sunat dhuha :
Hukumnya adalah sunat muakkad, iaitu amalan atau perbuatan yang sangat digalakkan dalam Islam berbanding amalan2 sunat yang lain.
Waktu dhuha:
Waktu dhuha adalah kira-kira 30 minit selepas waktu syuruk sehingga sebelum masuknya waktu zohor iaitu ketika matahari sedang naik.
Pada umumnya, solat sunat dhuha dianggap solat sunat tathawwu', yg tidak di sunatkan/ di syariatkan berjemaah. Namun, sebahagian ulama berpendapat, solat ini boleh di lakukan secara berjemaah.
Dalam kitab Fathul Bahri(Syarah Sahih Bukhari) karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, dinukilkan hadis ‘Itban bin Malik RA tersebut, bahawa Rasulullah Saw telah melakukan solat dhuha (subhata adh-dhuha) di rumah baginda(rumah ‘Itban bin Malik), lalu orang-orang berdiri di belakang baginda dan mereka pun bersolat dengan solat baginda.
* Istiqamahlah dalam beribdah kepadaNya, insyaAllah banyak ganjaran yang akan Allah berikan. Ikhlaskan hati, niat beribadat keranaNya, bukan untuk dapat pujian dan sebagainya.
Selamat beramal..
Wallahu'alam ^_^

No comments:
Post a Comment