Sunday, 7 April 2013

Syahid Fi Sabilillah

Tazkirah Maghrib dari Ustaz Afis Ibrahim a.k.a UAI Junior ...



Buat sesuatu perkara, kena betulkan niat. Ikhlaskan hati kerana Allah. Kamu berperang, kerana ingin menegakkan syiar Islam, kerana ingin pertahankan agama Allah, kamu mati, mati kamu adalah mati syahid. Kamu buat kerana selain dari Allah, mati kamu bukan mati syahid, mati yang sia-sia. Allah pilih siapa yang berhak mati syahid. Tak semua dapat mati syahid. Rasulullah sendiri cemburu dengan orang mati syahid.

Orang yang mati syahid, dia ada tiker besar. Di kubur kelak, akan ada roadblock, JPJ tahan kita ( munkar dan nakir ), soal kita. Tapi orang yang mati syahid, dia ada lesen besar. Dia tak akan disoal oleh Malaikat. Sama juga dengan orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh. Mereka ada lesen besar dan tak akan di tahan di roadblock kat kubur nanti.

Jika kita tanya orang kampung, apa nikmat paling best di dunia ini, macam-macam jawapan kita dengar. Ada yang kata solat adalah nikmat paling best. Ada yang kata zikir, ada yang kata kahwin. Dan ada juga yang kata jimak adalah nikmat yang paling best di atas muka bumi ini. Tapi jika kita tanya para ulama', nikmat yang paling best di atas dunia ini, mereka akan jawab syahid fi sabilillah, iaitu mati di jalan Allah S.W.T. Betapa nikmatnya mati syahid ini. Sampai ada yang mati syahid, lepas dia mati, dia berdoa pada Allah agar dihidupkan kembali dan nak mati syahid lagi.

*Tanamkan dalam diri kita untuk syahid di jalan Allah. Syahid tak semestinya berperang, banyak lagi jihad lain selain dari perang.

"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh."
[ HR Al Hakim ]

Rasulullah SAW bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2. melihat tempatnya didalam surga
3. dilindungi dari azab kubur
4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
[ HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad ]

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid."
[ HR Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142) ]

"Jihad yang paling besar adalah melawan hawa nafsu"
[ HR Al Baihaqi ]

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"
[ HR Tirmizi ]

"Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim"
[ HR Ahmad ]

Senyum dalam kematiannya, kerana dia dah nampak syurga. Ainul Mardhiah menantinya di sana. 

Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Wallahu'alam ^^

No comments:

Post a Comment