Tuesday, 9 April 2013

Siapa Jodoh Kamu? ^_^


Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh..




Nikah, kahwin, jodoh, topik yang sangat disukai oleh anak-anak muda zaman sekarang. Bila ada je ceramah pasal cinta, berebut-rebut nak pergi, dan bila masuk dalam ceramah tu, lebih ramai kaum hawa yang datang dari kaum adam, hehehe..Tapi takde salahnya pun, itu semua ilmu. Selagi boleh dituntut, tuntutlah.



Apa ciri-ciri suami yang soleh? Apa ciri-ciri isteri yang solehah? Boleh ke perempuan lamar lelaki? Ini antara persoalan yang sering saya dengar dari kawan-kawan saya. 

Bila ditanya seseorang mengenai ciri-ciri suami / isteri pilihan, mereka akan menjawab nak yang soleh, solehah. Bagus, itu memang perlu ada pada pasangan kita. Namun, ingatlah, kita nak pasangan yang baik, nak pasangan yang soleh/solehah, kita terlebih dahulu perlu menjadi baik. Ubahlah sikap dari sekarang, sentiasa berdoa pada Allah supaya diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah, Allah akan memberi yang terbaik untuk kita. =)

Ciri-ciri calon suami yang soleh.



Nak pilih calon suami untuk dijadikan ketua keluarga kita sangat perlu berhati-hati. Kena cerewet sikit. Kerana lelaki yang akan menjadi imam kepada isterinya, lelaki yang akan membimbing bukannya lelaki yang akan dibimbing. Jadi di sini akan dilistkan beberapa ciri-ciri yang menunjukkan seorang lelaki itu sesuai untuk dijadikan suami. 

  • Seorang yang patuh dan taah pada perintah Allah. Dia tidak tinggalkan solat, sentiasa solat berjemaah, solat di awal waktu, jaga puasa dan dia seorang yang sentiasa menjaga auratnya.
  • Jangan cari yang tak solat. Kata Imam As-Syafi'e, jika dia boleh tinggalkan Allah, jangan terkejut satu hari nanti dia akan tinggalkan kamu.
  • Baik akhlaknya. Bercakap dengan lemah lembut, tegas bertempat, mudah bertolak ansur dan menunjukkan akhlak yang terpuji.
  • Mempunyai rakan yang baik. Tidak bergaul dengan rakan-rakan yang selalu lakukan kemungkaran.
  • Seorang yang bertanggungjawab. Nak tahu dia ni bertanggungjawab atau tak, lihat sikap dia dengan keluarganya. Jika dia ok di hadapan keluarganya, layan keluarga dia dengan baik, sentiasa dahulukan keluarga dia dari orang lain, layaklah dia dijadikan calon suami.
Ciri-ciri calon isteri yang solehah.





Kepada lelaki di luar sana, nak cari calon isteri tidak perlu susah-susah. Tak perlu cari yang baik-baik, kerana kita sebagai lelaki yang akan bimbing mereka. Tapi itu tak bermaksud perempuan tak perlu jadi solehah. Lelaki akan lebih tertarik apabila melihat wanita solehah berbanding wanita biasa. Jadi, apa ciri-ciri wanita solehah tu yang sesuai untuk dijadikan isteri?

  • Seorang yang patuh pada perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Jaga solatnya, auaratnya dipelihara.
  • Seorang yang tidak bertabarruj dalam berhias.
  • Tidak bergaul bebas dengan lelaki, sentiasa menjaga ikhtilat.
  • Bila berjalan, dia akan mendahulukan lelaki. Dia tidak akan sesekali berjalan dihadapan lelaki lain.
  • Bila ada lelaki memandang, dia akan menundukkan pandangannya.
  • Mempunyai akhlak yang terpuji.



" Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata-mata dan sebaik- baik keindahannya adalah wanita solehah." [ HR Muslim ]


Sekarang, ramai para remaja sekarang kahwin awal. Kahwin ketika belajar. Salah ke? Jawapannya tak salah. Malah digalakkan untuk kahwin awal. Banyak hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan berkahwin.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Ali r.a : "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu lengahkan pelaksanaannya iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya dan wanita bila ditemukan lelaki yang sepadan datang meminangnya." [ HR. Ahmad ]

"Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah dia, dan bila kamu tidak lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas. 
[ HR. Tirmizi dan Ahmad ]

Bila mencari pasangan hidup, hendaklah mencari yang baik agamanya. Rasulullah bersabda : " Wanita dinikahi kerana 4 faktor. Kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah pilih yang beragama untuk berkat kedua tanganmu."  [ HR. Muslim ]

Selain dari itu, jika nak cari calon isteri, carilah yang rendah maharnya. Kerana perempuan yang memudahkan kita di awal perkahwinan insyaAllah akan memudahkan alam rumahtangga kita. InsyaAllah.

Perempuan melamar lelaki.

Ramai wanita sekarang takut untuk melamar lelaki. Tidak ada salahnya wanita melamar lelaki. Itulah yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Jika sudah menjumpai calon, yang baik akhlaknya, yang baik amalnya dan yakin dia mampu bimbing ke syurga, maka lamarlah. Hantarkan wakil kepada lelaki itu untuk nyatakan hasrat kamu. Banyakkan berdoa pada Allah, supaya dibukakan hatinya untuk menerima kamu dengan seadanya. Jika dia menolak kamu dengan baik, redhalah kerana Allah mungkin tetapkan jodoh yang lebih baik kepada kamu. 



Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”


Jadi setakat itu je lah perkongsian untuk malam ni. InsyaAllah, jika ada umur yang panjang, akan dikongsikan lagi ilmu untuk sama-sama kita belajar, insyaAllah. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. 

Wallahu'alam ^_^









2 comments: