Tiada jalan mudah dalam berdakwah. Jika dakwah seseorang itu 'smooth' , tanpa ada ujian, seseorang itu tak akan merasakan nikmat berdakwah. Berdakwah, ialah dengan menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah dakwah. Bukannya mencegah kemungkaran, tapi tak menyuruh pada kebaikan. Amar ma'ruf nahi mungkar. Menyuruh pada kebaikan dahulu, barulah mencegahnya daripada kemungkaran.
"Orang sekarang hanya hebat mencegah, tapi tak menyuruh pada kebaikan. Itu bukan dakwah namanya." - Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Bila sebut pasal dakwah, masing-masing terbayangkan 'Ustaz', 'Ulama''. Dakwah bukan hanya tugas para da'ie ( pendakwah ) , tapi ia adalah tanggungjawab setiap insan bergelar Muslim. Tak dapat dakwah orang lain, dakwah diri sendiri pun boleh. Banyakkan muhasabah diri. Dakwah bukan kerja part time, tapi dakwah kenalah full time. Dakwah bukan seminggu, bukan sebulan, bukan setahun, tapi selama-lamanya.
Dakwah tu sesuatu yang baik. Benda baik ni, banyak ujian yang akan diberikan oleh Allah. Bukan kerana benci, tapi kerana sayang. Ujian adalah sebagai penanda aras iman seseorang sama ada mereka layak dinaikkan darjat atau tidak. Sama juga seperti pekerja. Majikan akan uji pekerjanya dengan bermacam-macam projek. Jika berjaya, maka akan dinaikkan pangkat, jika tak, akan kekal di situ.
Sabar. Itulah jawapannya bagi orang yang ditimpa ujian. Allah ada bersama dengan orang-orang yang sabar. Allah ada di sisi kamu. Jangan pernah putus berdoa pada Allah. Allah dengar rintihan kamu, tapi Allah nak lihat sama ada kita mampu bersabar atau tidak. Contoh ketika dalam peperiksaan, kita jawab soalan peperiksaan. Pengawas ada si sekeliling kita. Boleh kita minta tolong dengan pengawas? Boleh. Tapi dia tak akan tolong. Pengawas nak tengok sama ada kita mampu jawab soalan itu atau tidak.
Ujian Allah bermula di saat kita hendak lakukan kebaikan. Ingat tu. Allah sweet kan? Baru je nak buat baik, Allah dah siap-siap nak naikkan darjat kita. Jalan dakwah itu susah tapi pengakhirannya sangat indah. Berhijrah itu payah, ada duri di setiap langkah kita tapi di hujungnya, ada madu menanti kita.
Jangan pernah mengalah dalam sampaikan dakwah. Jangan pernah melenting dalam sampaikan dakwah. Berdakwah biarlah berlemah lembut, biarlah penuh adab, barulah menusuk kalbu orang yang didakwah. Dalam berdakwah, perlu ada al-mau'izah hasanah, iaitu contoh yang baik. Ilmu seseorang memang memainkan peranan yang penting dalam berdakwah. Amalnya akan memperkuatkan dakwahnya, dan akhlaknya akan memperkemaskan lagi dakwahnya itu.
Tugas kita hanya menyampaikan dakwah, membawa seseorang yang terpesong supaya kembali pada jalan yang lurus, bawanya pada jalan Allah. Bukan tugas kita untuk beri hidayah, tapi tugas kita bawanya kepada hidayah. Hanya Allah yang berhak berikah hidayah pada seseorang. Kita berdoa supaya Allah titipkan hidayahNya pada hambaNya dan serahkan segalanya pada Allah. Allah tak tengok kita berjaya atau tak dalam berdakwah, tapi Allah nak tengok usaha kita dalam berdakwah dan cegah kemungkaran.
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
[al-Qasas 28:56]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”.
[Yunus 10:108]
Kisah Burung di Zaman Nabi Ibrahim A.S.
Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas ditanya kpd burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"
Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Tapi yang menjadi persoalan,apakah usahaku mencegah kemungkaran.
Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. Yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Yang berhak dipuji hanyalah Dia, Tuhan Sekalian Alam.
Renung-renungkan. Salam dakwah.
Wallahu'alam ^^
terima kasih di atas post anta ini. Alhmdulillah sbb Allah bwk ana ke sini (:
ReplyDelete