Tuesday 4 February 2014

Aqidah ASWJ : Allah Wujud Tidak Bertempat





ULAMA` MUHADDITHIN (ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT)

Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban (W. 354 H) empunya kitab Sahih Ibn Hibban berkata dalam kitabnya al-Thiqat[1]:

"الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لَيْسَ لَهُ حَدٌّ مَحْدُوْدٌ فَيَحْتَوِىْ وَلا لَهُ أَجَلٌ مَعْدُوْدٌ فَيَفْنَىْ وَلا يُحْيِطُ بِهِ جَوَامِعُ الْمَكَانِ وَلا يَشْتَمِلُ عَلَيْهِ تَوَاتُرُ الزَّمَانِ".

Maksudnya:

"Segala puji itu milik Allah yang tidak ada bagi-Nya suatu had tertentu lalu boleh diisi, tidak bagi-Nya suatu tempoh tertentu maka boleh binasa, dan Dia tidak diliputi oleh sebarang tempat dan tidak dilingkungi oleh rantaian masa”.

Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban radiyallahu`anhu (W. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[2]:

"كَانَ – اللهُ –وَلا زَمَانَ وَلا مَكَانَ".

Maksudnya:

"Allah wujud (pada azali), sedangkan masa masih tidak wujud dan tempat juga masih tidak wujud".

Al-Imam al-Muhaddith `Umar bin Muhammad al-Nasafi (W. 537 H) berkata di dalam kitabnya Aqidah al-Nasafiyyah:

"وَالْمُحَدِّثُ لِلْعَالَمِ هُوَ اللهُ تَعَالَى,لا يُوْصَفُ بِالْمَاهِيَةِ وَلا بِالْكَيْفِيَّةِ وَلا يَتَمَكَّنُ فِيْ مَكَانٍ".

Maksudnya:

"Adapun yang mewujudkan alam daripada tiada adalah Allah ta`ala. Dia tidak disifati dengan sebarang jenis bagi sesuatu, tidak disifati dengan sebarang bentuk dan tidak bertempat pada sebarang tempat".

Al-Hafiz al-Muhaddith Waliyy al-Din Abu Zar`ah Ahmad ibn `Abd al-Rahim al-`Iraqi (W.826 H) di dalam kitabnya Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib ketika menghuraikan sabdaan Nabi sallallahu`alaihi wa sallam: ((فهوعنده فوق العرش)),dia berkata[3]:

"اللهُ تَعَالَى مُنَزَّهٌ عَنِ الاِسْتَقْرَارِ وَالتَّحَيُّزِ وَالْجِهَةِ فَالعِنْدِيَّةُ لَيْسَتْ مِنْ حَضْرَةِ الْمَكَانِ بَلْ مِنْ حَضْرَةِالشَّرَفِ، أَيْ وَضْعُ هَذَا الْكِتَابِ فِيْ مَحَلٍّ مُعْظَمٍ عِنْدَهُ".

Maksudnya:

"Allah taala itu disucikan dari sifat menetap (di suatu tempat), mengambil ruang, dan mengambil arah. Oleh itu, maka `indiyyah (kesisian dalam hadis berkenaan) bukanlah dengan makna keberadaan di tempat, bahkan dengan makna ketinggian kemuliaan; iaitu catatan ini (Lawh al-Mahfuz) ada di suatu tempat yang muliabagi-Nya".

Al-Imam al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad Al-`Aini Al-Hanafi (855 H) , salah seorang pensyarah hadith Sahih al-Bukhari berkata[4]:

"تَقَرَّرَ أَنَّ اللهَ لَيْسَ بِجِسْمٍ, فَلا يَحْتَاجُ إِلَى مَكَانٍ يَسْتَقِرُّ فَقَدْ كَانَ وَلا مَكَانَ".

Maksudnya:

"Telah diketahui bahawasanya Allah ta`ala tidak berjisim dan tidak memerlukan tempat untuk Dia menetap padanya. Dia wujud tanpa bertempat".

Al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al Rahman Ibn Abu Bakr al-Suyuthi al Syafi`i (W. 991 H) berkata[5]:

"قَوْلَهُ تَعَالَى : ]لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ [فِيْهِ الرَّدُّ عَلَى الْمُشَبِّهَةِ وَإِنَّهُ تَعَالَى لَيْسَ بِحَوْهَرٍ وَلاجِسْمٍ وَلا عَرْضٍ وَلا لَوْنٍ وَلا طَعْمٍ وَلا حَالٍ فِي مَكَانٍ وَلا زَمَانٍ".

Maksudnya:

"Firman Allah ta`ala : {ليس كمثله شيء} dalam ayat ini ada sanggahan ke atas golongan al Musyabbihah dan bahawa sesungguhnya Allah ta`ala bukan suatu jauhar, bukan juga suatu jisim, buka suatu yang mendatang, bukan suatu warna,bukan suatu rasa dan bukan bertempat di suatu tempat dan juga tidak berada disuatu masa".

Al-Shaykh Muhaddith Beirut Muhammad Ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Syafi`i(W. 1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan `Aqa’id Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah[6]:

"وَلا يَدْخُلُ فِيْ وُجُوْدِهِ - تَعَالَى - زَمَانٌ وَلا مَكَانٌ فَإِنَّهُ السَّابِقُ عَلَى الزَّمَانِ وَالْمَكَانِ".

Maksudnya:

“Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”.

No comments:

Post a Comment