Friday 13 June 2014

Mulianya awak??





Mulia sangat ke awak ni?

Awak..
Mulia sangat ke awak??
Sampai salah orang, semua awak nampak..
Boleh list satu persatu..

Awak..
Mulia sangat ke awak??
Selalu hukum dan nilai orang..
Macam diri dah perfect..

Awak..
Mulia sangat ke awak??
Duk canang aib orang..
Seolah diri awak je betul..

Awak..
Kenapa awak jadi macam ni??
Saya tau awak mulia..
Tapi janganlah sampai pijak kepala..

Awak..
Nak tahu satu perkara??
Awak sangat dimuliakan oleh manusia..
Tapi perbuatan awak macam cari murkaNya..

Awak..
Nak tahu lagi satu perkara??
Manusia semua sama sahaja..
Yang beza hanyalah iman dan taqwa..

Awak..
Tak guna berilmu tinggi..
Kalau diri berbalut penyakit hati..
Moga hidayah Allah dapat ubati..

Awak..
Nasihat dari saya yang fakir..
Mengakhir puisi ntah pape ni..
Tak guna mulia di mata manusia, tapi hina di padangan Allah..

p/s : Kalau kita tak suka seseorang itu sekalipun, jangan kita canangkan cerita keburukannya. Cukuplah sekadar bencikan keburukannya. Tak perlu di canangkan. Akhir kata...

"Orang yang baik agamanya, belum tentu akhlak dan hatinya baik. Tapi orang yang akhlak dan hatinya baik, insyaAllah agamanya baik."

Allahu'alam 


1 comment:

  1. ikut nafsu binasa...apabila orang buat kita...terasa nak balas balik..tetapi apakan daya..bukan hak kita untuk menghukum manusia..serahkan je kepada ALLAH taala.Allah knows better than we...:-)

    ReplyDelete