Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Saya nak terangkan dan jelaskan 13 perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita. Diharapkan dapat mengambil iktibar dan beramal dengan ilmu ini.
1 - Bulu Kening
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. [ Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari]
2 - Kaki dan hantu loceng
..Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. [ Surah An-Nur : 31]
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikat kakinya dengan loceng, mereka sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.
3 - Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudia melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap mata ada zinanya terutama hidung yang berserombong. [ Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban ]
4 - Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. [ Surah An-Nur : 31 ]
5 - Gigi
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. [ Hadis Riwayat At-Thabrani ]
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. [ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]
6 - Muka dan leher
...Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kamu seperti orang jahiliyyah yang dulu.
Keterangang : Bermake-up dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah.
7 - Pakaian yang nipis ( jarang )
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajahnya sahaja. [ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]
8 - Tangan
Sesunggunhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. [ Hadis Riwayat At-Thabrani dan Baihaqi ]
9 - Mata
...Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka tundukkan sebahagian daripada pandangannya. [ Surah An-Nur : 31 ]
Sabda Nabi S.A.W : Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan. [ Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi ]
10 - Mulut (suara)
Janganlah perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. [ Surah Al - Ahzab : 32 ]
Sabda Nabi S.A.W : Sesungguhnya akan ada umat aku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama lain, iaitu kepala mereka dilalaikan dengan oleh bunyi - bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. [ Hadis Riwayat Ibn Majah ]
11 - Kemaluan
...Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. [ Surah An-Nur : 31 ]
Apabila seorang wanita itu solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang dikehendakinya. [ Hadis Riwayat Al-Bazzar ]
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. [ Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah ]
12 - Pakaian
Hai Nabi-nabi, katakanlah pada isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (longgar dan labuh) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [ Surah Al-Ahzab : 59 ]
Barangsiapa yang memakai pakian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan berikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak. [ Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah ]
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk lakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. [ Hadis Riwaya Bukhari dan Muslim ]
13 - Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya. [ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]
#MuhasabahDiri #Renungkanlah
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment