Thursday, 6 June 2013

Siapa wahabi??


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dewasa ini, seringkali kita mendengar perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam dengan menjadikan isu-isu khilaf sebagai subjek utama perbahasan sehinggakan sampai kepada tahap membidaah dan mengkafirkan sesama Islam. Sikap segelintir puak yang begitu bersungguh-sungguh menabur bibit-bibit fitnah ini terus dilontarkan kepada masyarakat Islam lantas terjadilah permusuhan sesama Islam lantaran isu-isu khilaf yang mustahil dapat dihapuskan sehingga Kiamat. 

Jadi dengan ini, insyaAllah aku akan kongsikan sedikit ilmu mengenai wahabi. Baca dan beramallah dengan akidah yang betul.

SIAPA WAHHABI??

Wahhabi ni satu fahaman, bukannya mazhab, bukannya akidah. Panggilan wahhabi ini di ambil dari nama ulama' mereka, iaitu Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Pengikut-pengikut syeikh ini lah yang digelar wahhabi. Aliran wahhabi ini sangat kuat di Arab Saudi, Kuwait, Palestin dan beberapa negara lain. Malaysia juga sekarang sedang naik bilangan orang yang mengikuti fahaman ini. 

Sebelum tu, jom tengok beberapa video ni dulu...

Kebiadaban wahhabi..


Allahyarham Dr Uthman El- Muhammady menegur kebiadaban wahabi...



MACAM MANA NAK KENAL WAHABI??

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

1. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
2. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
4. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
5. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
6. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
7. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:
1. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
2. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
3. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
4. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
5. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
6. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:
1. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
2. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
3. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
4. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
5. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
6. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.
7. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
8. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
9. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.
12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

KEKELIRUAN WAHABI TERHADAP NAS-NAS MUTASYABIHAT

Sebilangan pengikut mazhab Hanbali yang terjerumus ke dalam fahaman Mujassimah/Musyabbihah ini sebenarnya menghadapi kekeliruan di dalam memahami metode Salaf pada 7 keadaan. Seorang ulama mazhab Hanbali iaitu Imam al-Jauzi di dalam karyanya Al-Baz al-Asyhab al-Munqada Ala Mukhalifi al-Mazhab (juga dikenali sebagai Daf’ Syubhat al-Tasybih) telah menjelaskan kekeliruan mereka itu sepertimana berikut:

1. Mereka menyatakan bahawa khabar adalah sifat sedangkan ia adalah idafat. Ini kerana bukan setiap idafat itu adalah sifat.

2. Mereka menyatakan bahawa hadis-hadis mutasyabihat tidak diketahui pengertiannya melainkan Allah SWT sahaja. Tetapi mereka memahaminya secara zahir.

3. Mereka menyakini bahawa Allah SWT itu mempunyai sifat-sifat tertentu tetapi sifat-sifat tersebut tidak dapat disabitkan melainkan dengan apa yang disabitkan oleh dalil-dalil qati sahaja.

4. Mereka tidak dapat membezakan di antara hadis-hadis masyhur dan daif sehingga mengambil kedua-duanya sekali.

5. Mereka tidak dapat membezakan di antara hadis marfu dan mauquf sehingga mengambil kedua-duanya sekali.

6. Mereka mentakwilkan beberapa lafaz di dalam sesuatu perkara tertentu tetapi tidak mentakwilkan di dalam perkara yang lain.

7. Mereka memahami hadis-hadis berdasarkan kesesuaian pancaindera manusia seperti mengatakan Allah SWT turun, berpindah dan bergerak dengan zatNya, tetapi tidak seperti yang difikirkan manusia.

Jika kita perhatikan, salah satu daripada 7 perkara ini sudah tentu menjadi pegangan aliran Wahabi di dalam memahami nas-nas mutasyabihat. Namun begitu, mereka tetap mempertahankan pegangan mereka itu atas alasan ia adalah metode Salaf yang sebenarnya.

KEFAHAMAN SALAF TERHADAP NAS-NAS MUTASYABIHAT

Menurut Imam al-Ghazali di dalam karyanya Iljam al-Awwam an Ilm al-Kalam, kefahaman ulama Salaf yang sebenarnya ketika berinteraksi nas-nas sifat mutasyabihat seperti tangan dan jari Allah SWT, mereka mengetahui bahawa terdapat dua pengertian tentang sifat-sifat Allah SWT itu. Pertamanya, sifat-sifat tersebut adalah berbentuk majazi yang diketahui di kalangan bangsa Arab tanpa perlu kepada pentakwilan atau penafsiran. Keduanya, sifat-sifat tersebut mempunyai pengertian dari sudut bahasa yang boleh membawa kepada tajsim dan tasybih kepada Allah SWT. Namun kadang-kala perkataan seperti tangan turut digunakan bukan untuk menunjukkan jisim seperti: Negeri ini berada di tangan pemerintah. Oleh itu, setiap orang Islam mesti meyakini bahawa Rasulullah SAW tidak berkehendak untuk menyatakan sifat-sifat Allah SWT itu adalah jisim sekalipun mereka (iaitu Salaf) tidak melakukan takwil.

Sehubungan dengan itu, Imam al-Ghazali telah menggariskan 7 sikap yang menjadi pegangan ulama Salaf ketika berhadapan dengan nas-nas mutasyabihat iaitu:

1. Mensucikan Allah SWT dari jasad atau jisim serta perkara yang berkaitan dengannya.

2. Membenarkan dengan mengimani apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW.

3. Mengakui kelemahan bahawa mengetahui maknanya adalah harus bersesuaian dengan kemampuan diri dan tidak menjadi tanggungjawab.

4. Diam dan tidak bertanya-tanya atau mencari-cari tentang maknanya. Bertanya-tanya tentangnya adalah bidaah dan mencari-cari maknanya akan membahayakan agama.

5. Menahan diri dengan tidak menyingkap lafaz-lafaz tersebut dengan diganti atau diubah dengan bahasa atau lafaz yang lain.

6. Cukup dengan menahan diri daripada mencari-cari dan berfikir-fikir tentangnya.

7. Menyerahkan kepada orang yang lebih berilmu untuk menentukannya.

Berdasarkan penjelasan Imam al-Ghazali dan Imam al-Jauzi, jelaslah kepada kita bahawa Salaf tidak memahami nas-nas mutasyabihat berdasarkan pengertian zahir semata-mata. Mereka hanya membenarkan lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut tanpa membawakan pengertiannya menurut kefahaman bahasa biasa. Ini kerana kefahaman dengan makna bahasa biasa akan menyebabkan tajsim dan tasybih kepada Allah SWT kerana ia membawa kepada pengertian zahir semata-mata.

KESIMPULAN

Walaupun terdapat perselisihan pendapat di antara aliran Salaf dan Khalaf dalam menghadapi nas-nas mutasyabihat, namun mereka tetap tergolong di dalam kalangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah juga. Ini kerana keutamaan metode kedua-dua aliran ini tetap berpegang teguh dengan al-Quran al-Karim dan al-Sunnah SAW. Pendekatan Salaf dilihat lebih selamat, manakala pendekatan Khalaf pula dilihat lebih mengetahui dan bijaksana. Inilah kesepakatan di antara ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sama ada daripada aliran Salaf atau Khalaf tanpa perlu menghukum kafir, bidaah atau sesat terhadap aliran yang tidak sependapat dengan mereka.

Pun begitu, kehadiran aliran Wahabi / Salafi Jadian telah mengubah kesepakatan ini. Mereka dilihat terlalu mudah menghukum kafir, bidaah atau sesat terhadap aliran yang bersalahan dengan pendapat mereka. Lebih menghairankan, mereka mengakui bahawa mereka berpegang dengan metode Salaf tetapi hakikatnya tidaklah begitu.

UAI bidas ulama' muda..




Ustaz Zamihan tegur wahabi..


Saturday, 1 June 2013

Do not spoil what you have, by desiring what you have not...





There was a married couple. The husband loved his wife deeply.. The wife always had a wish of getting a ring she saw at a store...

As her birthday approached, the lady awaited signs that her husband had purchased the diamond ring...

Her husband told her how proud he was to have such a good wife, and he told her how much he loved her... He handed her a beautiful wrapped gift box.. Curious, the wife opened the box and found a lovely, leather-bound Quran Shareef with the wife's name embossed in gold...

Angrily, she raised her voice to her husband... She said " With all your money, you give me a Quran?" And She stormed out of the house, leaving her husband...

Many years passed... And the lady was a very successful in business.. She managed to settle for a more beautiful house and a wonderful family... But she realized, her ex husband was very old, and thought perhaps she should go to visit him... She had not seen him for so many years..

But before she could make arrangements, she received a telegram, telling her that her ex husband had passed away, and willed all of his possessions to her... She need to come back immediately and take care of things...

When she arrived at her ex husband's house, sudden sadness and regret filled her heart.. She began to search through her ex husband's important papers... And she saw the still new Quran just as she had left it years before...

With tears, she opened the Quran Shareef, and began to turn the pages... A tiny package dropped from the back of the Quran... It had a diamond ring with her name engraved on it... The same diamond ring which she saw at the showroom.. On the tag was date of her birth, and words.... " LOV U ALWAYS ".. :')

Lessons : 

How many times do we miss Allah's blessings, because they are not packaged as we expected?? Trust HIM always.. HE knows whats is the best for you.. And may ignore what you thought was good for you...

Do not spoil what you have, by desiring what you have not... But remember that what you have now was once among the things you only hoped for..




Wallahu'alam  :')

  

ASWJ vs Syiah



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kali ni nak kongsikan sedikit sebanyak mengenai perbezaan antara ASWJ dan syiah. Berhati-hatilah dengan syiah ni. Sekarang di Malaysia dah banyak tersebar syiah ni. Di mana-mana negeri pasti ada. Yang pasti, Selangor antara negeri terbesar, banyaknya penganut ajaran sesat syiah ni. Lawanlah mereka. Jangan terpengaruh dengan mereka. 

Selamat membaca..



1. Ahlussunnah : Rukun Islam kita ada 5 (lima)
a) Syahadatain
b) As-Sholah
c) As-Shoum (puasa)
d) Az-Zakah
e) Al-Haj

1. Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeza:
a) As-Sholah
b) As-Shoum
c) Az-Zakah
d) Al-Haj
e) Al wilayah

2. Ahlussunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :
a) Iman kepada Allah
b) Iman kepada Malaikat-malaik at Nya
c) Iman kepada Kitab-kitab Nya
d) Iman kepada Rasul Nya
e) Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
f) Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.

2. Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*
a) At-Tauhid
b) An Nubuwwah
c) Al Imamah
d) Al Adlu
e) Al Ma’ad

3. Ahlussunnah : Dua kalimat syahadat

3. Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka.

4. Ahlussunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman. Adapun jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas. Selalu timbul imam-imam, sampai hari kiamat.Karenany a membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan.

4. Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Karenanya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.

5. Ahlussunnah : Khulafaurrosyid in yang diakui (sah) adalah :
a) Abu Bakar
b) Umar
c) Utsman
d) Ali Radhiallahu anhum

5. Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Karena dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka).

6. Ahlussunnah : Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai sifat Ma’shum. Berarti mereka dapat berbuat salah/ dosa/ lupa. Karena sifat Ma’shum, hanya dimiliki oleh para Nabi.

6. Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai sifat Ma'’hum, seperti para Nabi.

7. Ahlussunnah : Dilarang mencaci-maki para sahabat.

7. Syiah : Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan, bahwa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal beberapa orang saja. Alasannya karena para sahabat membai'at Sayyidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

8. Ahlussunnah : Siti Aisyah istri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai. Beliau adalah Ummul Mu’minin.

8. Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.

9. Ahlussunnah : Kitab-kitab hadits yang dipakai sandaran dan rujukan Ahlussunnah adalah Kutubussittah :
a) Bukhari
b) Muslim
c) Abu Daud
d) Turmudzi
e) Ibnu Majah
f) An Nasa’i
(kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia).

9.Syiah : Kitab-kitab Syiah ada empat :
a) Al Kaafi
b) Al Istibshor
c) Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih
d) Att Tahdziib
(Kitab-kitab tersebut tidak beredar, sebab kebohongannya takut diketahui oleh pengikut-pengik ut Syiah).

10. Ahlussunnah : Al-Qur'an tetap original

10 .Syiah : Al-Qur'an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak original. Sudah dirubah oleh para sahabat (dikurangi dan ditambah).

11. Ahlussunnah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul Nya.
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.

11. Syiah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah.
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.

12. Ahlussunnah : Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah adalah besok diakhir zaman sebelum kiamat, manusia akan hidup kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan balas dendam kepada musuh-musuhnya.

12. Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan : bahwa nanti diakhir zaman, Imam Mahdi akan keluar dari persembunyianny a. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.
Setelah mereka semuanya bai'at kepadanya, diapun selanjutnya membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati seterusnya diulang-ulang sampai ribuan kali. Sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait.
Keterangan : Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdinya Ahlussunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.

13. Ahlussunnah : Mut’ah (kawin kontrak), sama dengan perbuatan zina dan hukumnya haram.

13. Syiah : Mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah. Padahal haramnya Mut’ah juga berlaku di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib.

14. Ahlussunnah : Khamer/ arak tidak suci.

14. Syiah : Khamer/ arak suci.

15. Ahlussunnah : Air yang telah dipakai istinja’(cebok) dianggap tidak suci.

15. Syiah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap suci dan mensucikan.

16. Ahlussunnah : Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri hukumnya sunnah.

16. Syiah : Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan shalat.
(jadi shalatnya bangsa Malaysia yang diajarkan ulama kita dianggap oleh orang-orang Syiah dihukum tidak sah/ batal, sebab meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri).

17. Ahlussunnah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat adalah sunnah.

17. Syiah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat dianggap tidak sah/ batal shalatnya.
(Jadi shalatnya Muslimin di seluruh dunia dianggap tidak sah, karena mengucapkan Amin dalam shalatnya).

18. Ahlussunnah : Shalat jama’ diperbolehkan bagi orang yang bepergian dan bagi orang yang mempunyai udzur syar’i.

18. Syiah : Shalat jama’ diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.

19. Ahlussunnah : Shalat Dhuha disunnahkan.

19. Syiah : Shalat Dhuha tidak dibenarkan.
(padahal semua Auliya’ dan salihin melakukan shalat Dhuha).





Wallahualam