Saturday 27 July 2013

Kebiadaban Wahabi Terhadap Ulama'




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Izinkan aku meluahkan rasa sedihku kali ini. Menangis hati ni bila tengok ulama' kesayangan aku, murabbi kita semua, Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dituduh, difitnah oleh mereka-mereka yang tak bertangungjawab. Apakah ini akhlak umat Islam yang sebenar? Yang layak digelar sebagai ASWJ? :'(



Kerana perbezaan pendapat, sanggup mereka lemparkan fitnah pada ulama'. Apakah hina sangat ke hidup seorang ulama' yang habiskan bertahun lamanya bertalaqqi, mengaji kitab dari seluruh pelusuk dunia? Kamu yang baru setahun jagung, baru 1 2 kitab habiskan, rujuk 1 2 guru, dah nak tafsirkan ulama' tu salah, ulama' ni salah.

Mana perginya adab kamu? Kamu tak pernah bersama tuan guru. Sebab tu kamu boleh lemparkan berbagai fitnah padanya. TGSN (Tuan Guru Syeikh Nuruddin) merupakan ulama' yang sangat tawadduk, warak, pentingkan adab. Jika kalian belajar dengan ulama' sebenar begini, pasti kalian tak akan cakap camni. Tak suka sekalipun, jangan lah jadi biadab!

Wahabi, kenapa kalian hanya berani hentam ulama' kami melalui internet? Lemparkan fitnah melalui blog? Sembunyi di sebalik laman sosial? TGSN dah ajak bersemuka, siapa yang menuduh dia, dia ajak berdebat, tapi ada ke kalian pergi? Alasan yang diberikan, sebab mengelakkan debat itu sangat dituntut dalam Islam. Kalian kena belajar lagi, tafsir hadith nabi tu. Rasulullah melarang berdebat pada saat bila? Dengan siapa? Kalau debat kamu kata tak boleh, fitnah ulama' boleh ke? :'(

Agak-agak, apakah Rasulullah gembira melihat umatnya fitnah-memfitnah antara satu sama lain? Tidak, tidak sama sekali. Rasulullah menangis. Dan baginda lagi sedih bila melihat warisnya iaitu ulama' dituduh, dihentam oleh 'mufti-mufti jadian'. :'(

Ini lah contoh kebiadaban wahabi yang aku maksudkan. Kalian nilailah sendiri. :'(


Cikgu ke ni? Jangan marah kalau anak murid panggil kamu Hairi je..

Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu mempelajari ilmu agama untuk memperlihatkan kehebatan ke atas ulama dan mempelajari ilmu untuk berhujah dengan orang-orang yang bodoh, dan untuk menarik perhatian majlis. Barangsiapa berbuat demikian maka tempatnya ialah didalam api neraka, api neraka". [HR Ibn Majah]


Ada ke gambar doktor yang kalian agungkan tu? Ustaz wahabi ada ke?


Semoga Allah ampunkan dosa kita semua, jauhkan kita dari fitnah akhir zaman. 

Wallahu'alam

p/s : Jangan terpengaruh dengan fahaman yang 'doktor' bawakan. Pandai dia mentajdidkan minda anak-anak muda, artis, ahli korporat yang baru nak berhijrah.