Thursday 14 November 2013

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Memandangkan malam ni malam Jumaat, InsyaAllah kali ini nak cerita tentang surah al-kahfi, kelebihan yang ada pada surah ini. 



Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi yang bermaksud Gua. Surah ini adalah surah Makkiyah yakni surah yang diturunkan di Makkah. Surah ini mengandungi sebanyak 110 ayat. Apa cerita yang terkandung dalam surah ni? Kenapa diberi nama 'Gua'? 

Surah ini mengandungi banyak kisah. Dalam surah ini, Allah menceritakan tentang beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang bersembunyi di dalam gua kerana mempertahankan aqidah mereka, pertahankan tauhid mereka dari pemerintah yang zalim. Selain itu, Allah juga menceritakan tentang kisah si kafir yang memiliki kebun dan sahabatnya yang beriman kepada Allah S.W.T, kisah Nabi Musa A.S. yang bertemu dengan Nabi Khidir A.S, dan kisah Iskandar Dzulqarnain yang menyelamatkan satu kampung dari serangan yakjuj dan makjuj.

Asbabun Nuzul surah Al-Kahfi.

Kenapa diturunkan surah ini? Kisahnya bermula ketika beberapa penduduk Makkah datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzulqarnain. Nabi menjawab, "Datanglah esok hari kepadaku agar aku ceritakan." 

Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemuhan kaum kafir Quraisy terhadap Nabi s.a.w..

Selepas satu tempoh masa, turunlah ayat menegur Nabi:

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok (kemudian)', kecuali (dengan menyebut): 'InsyaAllah' (jika Allah mengizinkan). Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah: 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini'." [Surah Al-Kahfi : 23-24]

Apakah pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini?

Surah ini juga mengajar umat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “insyaAllah”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Semua berlaku dengan kehendakNya.

Kelebihan Surah Al-Kahfi.

Rasulullah bersabda: 

"Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.” [HR Hakim dan Baihaqi]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: 

“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [HR Ahmad]

Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”  [HR Muslim]

Surah Al-Kahfi ni panjang. Macam mana nak habiskan? 

Takpe. Baca setakat yang mampu malam Jumaat. Boleh sambung pagi Jumaat. Tak ada masalah. 

Boleh ke Nak Baca Surah Lain?

Umum ketahui, masyarakat kita di Malaysia dah terbiasa dengan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat. Boleh ke? Bukan ke sunnah baca surah Al-Kahfi? Tak mengapa. Tak ada masalah pun. Baca surah Yasin masih dapat pahala. Bukannya bid'ah. Baca surah Yasin malam Jumaat, surah Al-Kahfi boleh baca pagi esoknya. Dah dapat dua pahala. 

Tapi ada yang kata baca surah selain Al-Kahfi itu bid'ah?

Takde nya bid'ah. Boleh je. Yang jadi masalahnya, golongan ni duk marah orang supaya baca surah Al-Kahfi, halang orang baca surah Yasin atau surah selain dari Al-Kahfi pada malam Jumaat, tapi diri sendiri tak baca langsung. Itu yang jadi masalah. Jangan membid'ahkan semua perkara. Jangan halang orang lain untuk beribadah. Tak suka tengok orang beribadah, duk diam-diam sudah. Kita teruskan je dengan amalan tu. 



Semoga hubungan kita dengan Allah sentiasa terpelihara. Kita jaga hubungan kita dengan Al-Quran, maknanya hubungan kita dengan Allah juga dekat insyaAllah.

Wallahu'alam. ^^ 





12 comments:

  1. Yg jd masalah apabila mengkhususkan suatu amalan yg nabi sendiri x suruh. Sapa yg mengkhususkan malam jmaat baca yasin? Kendur tahlil baca yasin? Kenduri selamat baca yasin? Sampai cukup popular di kalangan kita dgn grop2 yasinan yg merata d nusantara. Siapa? Cukupkan diri kita dgn sumber yg shahih. Tdk ada satu pun kelebihan surah yasin yg haditsnya shahih. Mungkin orang ingat ini cuma masalah khilafiah saja. Tapi kalau dh ta' sub, ta,lid buta dgn orang itu dh menyangkut masalah akidah. Takut di halang untk mendatangi telaga kautsar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul amalan yang dah jadi adat orang Melayu tu bidaah.Baca yassin bila-bila masa boleh bukan hanya mlm jumaat mlm lain tak baca.sedangkn membaca surah allkahfi mrmang ada hadith sohih yg mengatakan dibaca hari jumaat.

      Delete
    2. Suka hati masing2 nak baca alquran surah yasin ke kahfi ke, memang takda dosa langsung, daripada tak baca terus dan menghalang orang baca. Dimana ada hadiths yang mengatakan baca yasin malam jumaat dosa?! Takda pun. Baca sepotong ayat al Quran pun dah dapat pahala lagi Surah Yaseen adalah hati Al Quran dan pahala sama seperti baca 10 kali alQuran👉🏼Sabda Rasullulah saw.

      Delete
    3. Tak kisah nk baca surah apa2 pun dari al quran. Dapat pahala. Daripada baca benda2 yg xbermanfaat,x dpt apa2.

      Delete
  2. mohon kebenaran juga untuk ana berkngsi . :)

    ReplyDelete
  3. satu lagi yang suka saya kongsikan dan selalu saya amalkan ; selalulah sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu-bapa kita (masih hidup ataupun yang sudah pergi), setiap hari, insya-Allah, akan murah rezeki kita, dipermudahkan segala urusan kita.
    alhamdulillah, memang berkesan.
    yang penting, niat kena betul kerana mengharap keredhaan Allah dan untuk membalas jasa kedua ibu-bapa kita.
    amalkan selalu, saya cuma berkongsi perkara yang saya dah rasa kesannya sahaja.
    #blogspot:rawatankanser2013

    ReplyDelete
  4. klu tak buat khusus bacaan harinya..mcm yassin mlm jumaat..dikhuatiri at islam..bacaan alquraan tiada langsung pd hari2nya..krn umat islam kini trlalu sibuk..klu bt harinya mungkin masih umat islam ingat hal alquraan..

    ReplyDelete
  5. klu tak buat khusus bacaan harinya..mcm yassin mlm jumaat..dikhuatiri at islam..bacaan alquraan tiada langsung pd hari2nya..krn umat islam kini trlalu sibuk..klu bt harinya mungkin masih umat islam ingat hal alquraan..

    ReplyDelete
  6. Sempoi lu punye ulasan bro!
    Kipidap
    May Allah put His Rahmat on us. Amin

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian. May Allah bless you :)

    ReplyDelete
  8. Bagus kan baca al Quran beramaian daripada nyanyi Karaoke 🎤 beramaian.

    ReplyDelete